Friday, December 30, 2005

10 SEBAB KENAPA DOA KITA DITOLAK

Salam...

Renung-renungkanlah kenapa doa kite ditolak...


  • Kamu mengenal Allah,Tetapi kamu tidak tunaikan hak2 nya.
  • Kamu berkata bahawa kamu cinta kepada rasullullah saw ,tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  • Kamu telah gunakan nikmat2 allah tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.
  • Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu , tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar , tetapi kamu tidak lari darinya.
  • Kamu telah berkata bahawa mati itu benar , tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.
  • Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain ,tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  • Kamu kebumikan mayat sahabat kamu, tetapi kamu tidak pernah mengambil ikhtibar dari kematiannya
Nauzubillah....semoga aku dan sumer tidak seperti yang dinyatakan di atas....Amin...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Nauzubillah....semoga kite semua tidak tergolong dlm golongan kat atas...

Anonymous said...

Salam...
yup...Aminnnn......