Sunday, April 30, 2006

LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

Salam....

Sama-sama kite berusaha menuju kesempurnaan iman....

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat
  • Sabar apabila mendapat kesulitan
  • Tawakal apabila mempunyai rencana/program
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  • Jangan usik dengan kekayaan orang
  • Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
  • Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
  • Jangan tamak kepada harta
  • Jangan goyah kerana fitnah
  • Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  • Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  • Jangan sakiti ayah dan ibu
  • Jangan usir orang yang meminta-minta
  • Jangan sakiti anak yatim
  • Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  • Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
  • Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
  • Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
  • Biasakan solat malam
  • Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah
  • Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  • Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
  • Jangan marah berlebih-lebihan
  • Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan
  • Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
  • Jangan percaya ramalan manusia
  • Jangan terlampau takut miskin
  • Jangan terlampau takut kepada manusia
  • Jangan sombong, takabur dan besar kepala
  • Berlakulah adil dalam segala urusan
  • Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
  • Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
  • Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
  • Bicaralah secukupnya
  • Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
  • Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
  • Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
  • Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
  • Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
  • Hormatilah kepada guru dan ulama
  • Cintai keluarga Nabi saw
  • Jangan terlalu banyak hutang
  • Jangan terlampau mudah berjanji
  • Bergaul lah dengan orang-orang soleh
  • Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
  • Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
  • Jangan berdendam
  • Jangan benci kepada orang yang membenci kita
  • Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  • Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
  • Jangan membuka aib orang lain
  • Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
  • Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
  • Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  • Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
  • Hargai prestasi dan pemberian orang;

No comments: