Sunday, April 30, 2006

LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN

Salam....

Sama-sama kite berusaha menuju kesempurnaan iman....

  • Bersyukur apabila mendapat nikmat
  • Sabar apabila mendapat kesulitan
  • Tawakal apabila mempunyai rencana/program
  • Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  • Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  • Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  • Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  • Jangan usik dengan kekayaan orang
  • Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
  • Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
  • Jangan tamak kepada harta
  • Jangan goyah kerana fitnah
  • Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  • Jangan campuri harta dengan harta yang haram
  • Jangan sakiti ayah dan ibu
  • Jangan usir orang yang meminta-minta
  • Jangan sakiti anak yatim
  • Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
  • Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  • Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)
  • Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk
  • Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
  • Biasakan solat malam
  • Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah
  • Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  • Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
  • Jangan marah berlebih-lebihan
  • Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah
  • Penuhi janji apabila telah diikrarkan
  • Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
  • Jangan percaya ramalan manusia
  • Jangan terlampau takut miskin
  • Jangan terlampau takut kepada manusia
  • Jangan sombong, takabur dan besar kepala
  • Berlakulah adil dalam segala urusan
  • Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
  • Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
  • Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
  • Bicaralah secukupnya
  • Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
  • Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
  • Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
  • Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga
  • Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
  • Hormatilah kepada guru dan ulama
  • Cintai keluarga Nabi saw
  • Jangan terlalu banyak hutang
  • Jangan terlampau mudah berjanji
  • Bergaul lah dengan orang-orang soleh
  • Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
  • Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
  • Jangan berdendam
  • Jangan benci kepada orang yang membenci kita
  • Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  • Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
  • Jangan membuka aib orang lain
  • Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
  • Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
  • Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  • Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
  • Hargai prestasi dan pemberian orang;

Friday, April 28, 2006

TIPS UNTUK SUAMI MITHALI

Salam...

Hehehe...kepada bakal2 suami....kalau nak jadi suami mithali...tryle baca artikel nie...moga dapat dijadikan panduan....

1. Berhias untuk isteri supaya nampak bersih, bergaya dan wangi. Cuba tanya bila kali terakhir anda membeli baju tidur? Seperti mana suami suka isterinya kelihatan cantik, begitu juga si isteri. Ingatlah RasulAllah saw sentiasa menggunakan miswak (bersugi) apabila pulang ke rumah dan menyukai bau-bauan yang wangi.

2. Gunakan panggilan manja kepada isteri. RasulAllah pun menggunakan nama panggilan kepada isteri baginda. Siti Aisyah digelar humairah (kemerah-merahan). Tapi ingat! Jangan gunakan nama panggilan yg menyinggung perasaan isteri. Sebagai contoh, gunakanlah perkataan 'yang', 'sayang', 'dear' dan sebagainya.

3. Jangan layan isteri anda seperti lalat. Kita tak pernah berrfikir tentang lalat sehinggalah ia mengganggu kita. Begitulah dengan isteri yang bersusah payah seharian melakukan kerja dengan baik tetapi suami tak ambil peduli sehinggalah ia 'mengganggu' barulah suami nak sedar. Sebaik-baiknya fokuskan kepada apa-apa yang isteri telah lakukan dengan baik. Puji isteri dsb.

4. Jika suami melihat sesuatu yang tak kena pada isteri, cuba diamkan sahaja. Jangan banyak komen. Ini adalah salah satu cara RasulAllah.

5. Senyum pada isteri dan selalulah peluk isteri. Senyum adalah sedekah. RasulAllah akan mencium isteri-isteri baginda sebelum pergi bersolat, walau pun ketika baginda berpuasa (cium yang tidak menaikkan nafsu).

6. Berterima kasih dalam apa saja yang isteri lakukan pada anda. Seperti berterima kasih kerana isteri sediakan makanan harian, basuhkan pakaian dan lain-lain. Janganlah asyik komen misalnya, masakan tawar dsb.

7. Minta isteri menuliskan 10 perkara terbaik yg anda tlh buat isteri gembira. Kemudian buatlah semula 10 perkara tersebut. Kadang-kadang sukar untuk mengetahui apa yang isteri suka. Jadi sentiasalah bertanya pada isteri. Tak payah meneka atau agak-agak.

8. Janganlah mengambil remeh atas kemahuan isteri. Diriwayatkan salah seorang isteri baginda saw, Safiyyah ra, menangis kerana RasulAllah menaikkannya di atas unta yg perlahan. RasulAllah memujuk Safiyyah dan menukarkannya dengan unta lain.

9. Berjenaka dan bermain-main serta bergurau-senda dengan isteri. RasulAllah saw pernah berlumba lari dengan Siti Aisyah ra di padang pasir.

10. Ingatlah hadis nabi yang bermaksud: "Org yg terbaik di kalangan kamu adalah orang yang melayani keluarganya dengan baik. Dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya"

Hmmm...sebagai kesimpulannye.... cubalah menjadi suami yang sebaik mungkin dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya perkahwinan kite berjaya....insyaAllah....Amin....

Saturday, April 15, 2006

BACK TO NORMAL

Salam....alhamdulillah...mama dah sihat...minggu lepas kaki mama dah dibuka simennya...gumbira sgt hatiku bile tgk mama dah kembali kepada normal....dah boleh berjalan....alhamdulillah..syukur kepadaMU Ya Allah....

Aku pun dah mula attend kelas petang....Mr Chua yang kendalikan kelas petang....he also nice....baik betul die...walaupun die chinese man...but he teach us
very good....lembut sgt....cara die mengajar memang berbeza ngan Mr Azzuri...masing-masing ada cara tersendiri....dua-dua kelas aku suke....walaupun kelas petang agak sedikit boring coz faktor pertama sebab waktu petang...memang mengantuk....hehhe...faktor kedua....Mr chua agak skema....die kurang buat lawak....tapi ok ar...not bad...

Assignment Mr chua agak banyak berbanding Mr Azzuri...hmm...kalau Mr Azzuri on the spot buat in the class keje2 die...tapi Mr Chua kena buat kat rumah...homework...hehehe....banyak plak komen aku....but..so far...tak rugi aku attend SLG program....

Tuesday, April 11, 2006

SALAM MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL...

Hari ni ari Selasa 11 April 2006 bersamaan 12 Rabiul Awal 1427....Kelahiran Nabi S.A.W..

Tiada Agama Selain Islam

Tiada Kata Seindah Al-Quran

Tiada Perjuangan Semurni Fisabillillah

Tiada Jalan Selurus As- Sunnah

Tiada Idola Sehebat Nabi Muhammad

Here wishing the wonderful deeds of the prophet…and inspired us to make our life more beautiful …may the prophet’s teachings guide us in every walk of our life.

Wednesday, April 5, 2006

10 Orang Yang Mayatnya Tidak Busuk Dan Tidak Reput

Salam...

Bacalah sebagai renungan bersama....

Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat... "

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."

Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal di waktu mati

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.


Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
"Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekalian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah SWT di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. "

Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama

"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN