Saturday, January 28, 2006

BERTUAH JADI MUSLIMAH

Salam....

Memang beruntung betul jadi muslimah.....bertuah sangat2.....hehehe...

1) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

2) Apabila telah lahir anak laludisusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

3) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

4) Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana sahaja pintusyurga yang dia kehendaki.

5) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

6) Aisyah berkata,"Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? JawabRasulullah s.a.w "suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. Ibunya."

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya.

8) Apabila memanggil akan engkau dua o
rang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

9) Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu darirada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.

Hmm....Semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita.

1 comment:

Anonymous said...

Salammm...
Ya Allah...bertuahnye aku jadi wanita....