Monday, February 20, 2006

AURAT WANITA ISLAM

Salam...

hmm..Aurat wanita mmg betul2 kena jaga....kite manusia memang byk melakukan kesilapan...tapi kite leh perbetulkan kesilapan yang kite lakukan....aku cakap kat diri aku sendirik...dedolu aku kurang mengambil berat pasal aurat....Ya Allah Tuhanku....ampunilah hambamu yang lemah ini....

Satu sifat semulajadi manusia ialah perasaan malu jika bahagian tertentu badan dilihat oleh individu lain tanpa ditutupi.Justeru, manusia akan cuba menutup bahagian sulit biarpun menggunakan bahan paling asas seperti kulit binatang, daun dan sebagainya.

Dalam kaedah fikah, bahagian yang mesti ditutup dipanggil aurat.Namun, dalam hal ini ada perbezaan interpretasi batasan aurat mengikut agama dan budaya. Dalam agama lain, aurat dikaitkan dengan moral dan adat semata-mata.Tidak ada balasan dosa atau pahala berkaitan aurat dalam agama lain.

Interpretasi aurat dalam Islam amat ketat, terutama bagi perempuan.Bagi kaumperempuan, aurat adalah seluruh anggota badan, kecuali bahagian muka dan kedua tapak tangan.Ini bertujuan untuk menjaga maruah perempuan.

Aurat bagi lelaki pula ialah antara bawah pusat dan lutut.Dalam keadaan tertentu, adalah wajib bagi lelaki menutup aurat lebih daripada apa yang ditetapkan itu jika ia mendatangkan fitnah.Perkara tidak baik mesti dijauhi.

Sedangkan masyarakat bukan Islam hanya menganggap bahagian kemaluan sebagai aurat yang perlu ditutup.Bagi perempuan bukan Islam, satu lagi bahagian badan yang dianggap aurat ialah payu dara. Orang bukan Islam seperti megah berpakaian seksi yang dianggap satu anugerah yang mesti ditunjukkan kepada orang ramai.

Peraturan ketat terhadap wanita berkaitan pakaian bukan bertujuan menyusahkan atau menyekat kebebasan kaum wanita.Islam agama memberi kemudahan kepada umatnya.Jadi, jika ada sesuatu yang dirasakan menyusahkan, itu ada kebaikannya.

Sebenarnya, menutup aurat bukan satu yang menyusahkan.Arahan itu cukup mudah untuk dipatuhi jika ada rasa keimanan yang kuat di dalam diri.Sebaliknya, jika iman dalam keadaan lemah, apapun perintah agama akan dirasakan membebankan.Sesungguhnya, syaitan sentiasa memperdayakan manusia agar berat untuk melaksanakan perintah Allah.

Islam tidak mengamalkan diskriminasi terhadap wanita, melainkan keperluan tabie yang membezakan antara kedua jantina ini.Islam amat menghormati dan meletak kedudukan yang tinggi untuk wanita.

Fesyen mendedah aurat tidak mematuhi etika berpakaian kerana tidak ?lengkap?.Mendedahkan aurat samalah tidak berpakaian.Aurat adalah sesuatu yang perlu dirahsiakan kepada pandangan umum.Jika sudah terdedah sana sini, itu kira macam tidak berpakaian atau berpakaian tidak lengkap.

Kejadian yang menimpa wanita seperti dirogol, dicabul kehormatan, gangguan seksual, dibunuh dengan kejam dan mangsa fitnah banyak berpunca cara berpakaian tidak menutup aurat.Lelaki mudah tertarik kepada wanita berpakaian seksi.

Sebagai Muslim, tidak sepatutnya kita membantah atau mencari helah untuk membenarkan apa yang salah.Apa yang kita fikirkan betul tidak semuanya mendatangkan kebaikan.Allah lebih mengetahui apa yang ditetapkan untuk manusia.

Firman Allah yang bermaksud: ?Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidak harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.? (Surah al-Ahzab, ayat 36).

Konsep menutup aurat yang dikehendaki Islam bukan sekadar menutupnya.Sebenarnya, menutup aurat mempunyai maksud lebih khusus.Sebenarnya, memakai pakaian yang sendat dan penggunaan kain tertentu juga termasuk perbuatan tidak menutup aurat.

Pemilihan pakaian yang longgar dan labuh merupakan satu suruhan wajib bagi setiap wanita Islam agar menepati maksud menutup aurat.Jika mereka telah memilih menutup aurat, biarlah benar-benar seperti yang telah ditetapkan syarak.

Hmm...Ya Allah..jauhilah aku dr segala godaan syaitan....Amin......

Tuesday, February 7, 2006

Orbit Di Dalam Al-quran

Salam....

Menarik gak artikel di bawah nie....

Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

"Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya)." (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

"Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. " (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

"Demi langit yang mempunyai jalan-jalan" (Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.

Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.WALLAHUA'LAM