Sunday, January 29, 2006

ANEKA KEK

Salam...

Bile duk umah...selain ske duk dpn pc...ade satu kerja yg menjadi minat baru org...hehe...masak...cuba resepi2 yg dapat kat tenet...best gak klu resepi yg kite cuba menjadi...tambah2 bile kena puji ngan femili...heheh...ni ade aneka kek yg nak dikongsi bersama...cubale klu ade mase...


KEK MASAM MANIS

Bahan :
5 biji telur (asingkan putih)
1½ cawan serbuk biskut marrie
¾ cawan gula halus
¾ cawan mentega
1 cawan susu pekat
1 camca teh baking powder
10 bungkus asam manis (Haw Flakes)
Sedikit esen vanilla & garam

Cara membuatnya :
1. Pukul mentega & susu hingga kembang. Masukkan kuning telur & vanilla. Masukkan serbuk biskut & baking powder. Biarkan 5 min. supaya kembang.
2. Putih telur & gula dipukul berasingan hingga putih. Masukkan kedalam adunan (1). Gaul rata.
3. Panaskan kukus. Kukus selapis - selapis berselang dengan asam manis. (3 lapis).

KEK LIMAU (ORANGE LOAF CAKE)

Bahan :
2 cawan tepung naik sendiri
1½ cawan gula halus
4 biji telur (Asingkan putih & kuning)
8 oz. mentega (lembutkan dahulu)
Sedikit garam
Kulit dari sebiji limau (parut & cincang)
Jus limau (perah dari 1 biji limau)

Cara membuatnya :
1. Pukul putih telur hingga kembang. Ketepikan.
2. Campur tepung & garam ð gaul rata.
3. Pukul mentega & gula halus sampai kembang 2x ganda.
4. Masuk kuning telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
5. Masukkan kulit limau kedalam adunan. Gaul - campur putih telur.
6. Tepung dimasukkan sedikit demi sedikit, selang seli dengan jus limau.
7. Bakar dengan kepanasan 180°C.


KEK LAPIS

Bahan :
13 biji kuning telur
5 biji telur
100gm gula halus
20gm stabilizer (Ovalette)
330gm mentega
160gm marjerin
100gm susu pekat
120gm tepung gandum
20gm tepung jagung
30gm serbuk rempah

Cara membuatnya :
1. Pukul kuning telur, telur, gula + stabilizer hingga kembang.
2. Pukul mentega, marjerin + susu pekat hingga lembut dan ringan dalam mangkuk berbeza.
3. Masukkan (1) ke dalam (2). Pukul lagi dengan cermat.
4. Masukkan tepung, tepung jagung + serbuk rempah yang telah diayak. Putar lagi hingga gebu.
5. Bakar.

Aku dah cuba sumer kek kat atas...tak berapa nak menjadi lagi...nanti akan aku usahakan sehingga betul2 menjadi.....best gak main masak2 ni....

Saturday, January 28, 2006

BERTUAH JADI MUSLIMAH

Salam....

Memang beruntung betul jadi muslimah.....bertuah sangat2.....hehehe...

1) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

2) Apabila telah lahir anak laludisusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

3) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

4) Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari mana-mana sahaja pintusyurga yang dia kehendaki.

5) Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

6) Aisyah berkata,"Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? JawabRasulullah s.a.w "suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. Ibunya."

7) Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api Neraka ke atas tubuhnya.

8) Apabila memanggil akan engkau dua o
rang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu.

9) Daripada Aisyah r.a barangsiapa yang diuji dengan sesuatu darirada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api Neraka.

Hmm....Semoga anda semua berasa beruntung menjadi wanita.

Wednesday, January 25, 2006

TETAMU TIDAK DIUNDANG

Hmm...last week mmg satu kejutan buatku n keluargaku....tidak aku menyangka cempedak jadi nangka..heheh...klako pun ade...malu pun ade....heheh...

sejak aku duk umah lebih kuang 2 bulan....last week adalah hari yang paling klako bagi diri aku..heheh...seram pun ade...hmmm...

"Mama....Baba..ade org datang..."Terdengar bunyi jeritan dari adikku Aslah or Lah memanggil nama mama n baba...ade org datang...hmm...ade org datang plak...kacau betul le ...aku tgh tgk tv kat tingkat atas...mesti kena turun buat air...heheh...sat lagi lah turun...

Tgh aku kusyuk tgk tv...tetiba adikku Lah dtg kat aku dan berbisik..."Kaklang!!...Lah rase depa datang merisik kaklang la..."Aku buat tak tahu jer..adikku memang ske bergurau...tapi die cakap macam serius...3 kali dia ulang ayat yang sama jer...lepas adik aku masuk bilik...aku dengan perlahan-lahan turun bwh....aku ngintai n cuba dengar perbualan dorang...

tak berapa jelas perbualan dorang...ahh...pedulikanlah...adikku saje gurau le tu...aku pun g dapur siapkan ape yg patut....tiba-tiba...mama datang ke dapur n tanya ngan aku..."mama nak tanya betul-betul nie...ade suruh kawan datang umah ke?"aku blur dah...bile mase plak aku suruh kawan aku dtg??...sape plak kawan aku yg datang???

Aku pun tanya balik kat mama...sape yg datang...sape plak kawan aku yang datang??masing2 blur...so..mama citer le kat aku guest yang dtg tu nak merisik aku....n they from KL....katenye lagi kenai aku since aku studi kat UPM..femili die jer yang datang....die tak datang...siap bawa gambar lagi...mama tunjuk le gambar that guy tu kat aku....

Lailahaillallah...aku kenai budak ni....hmm..memang that guy seorang yang pendiam...die budak batch aku..but different major...tak silap aku die major software engineering....hmm..in my mind that guy is very skema ...i couldn't believe it....heheh...seingat aku, that guy tak penah langsung tegur aku...kelas ngan die pun jarang...ehhh...ade le skali 2 kelas ngan die n bertegur ngan die pasai assignment...memang betul le perumpamaan pasal "diam-diam ubi berisi"...hehehe...

Aku pun xplain le kat mama psl that guy ni...n aku mmg tak tahu menahu psl his parent nak datang today...tapi mama suruh jugak aku keluar n jumpe his parent...coz mama kate his parent nak jumpa aku..."sori naik lori"....kasi RM10 pun aku takkan keluar jumpe dorang....hehhe...sepluh hinggit jer...kasi sejuta aku keluar jumpa le kut...wakaka....mama pujuk aku lagi ....sori mama....biarle org nak kate aku tak beradab ke hape ker..tapi aku memang takkan keluar....malu+geram+tension+konfius+???.....tatau nak gambarkan my feeling at that moment....

Maka pulanglah dorang dengan penuh kekecewaan.....my parent told them that they want to ask me 1st...n give the answer tru the phone....so pity of them...datang jejauh...tapi....hmm...that guy suppose to tell me 1st....jgn datang mengejut jer....

pengajaran:---memangle elok suruh parent datang merisik dulu...tapi kesian le kat parent...datang jauh2....tapi....kecewa jer yang dapat....try to be gentleman...risik sendiri dulu...tanya kawan2 dulu...n should brave urself to ask that girl u like.......hmmm....tu semua pendapat aku je ....

Wednesday, January 18, 2006

Koktel Jelly

Salam...

Buat org2 bujang kt luar sana yg dh jemu mkn kt kedai blh try resepi ni. (bkn bujang pn blh gak)...
Big Smile

Bahan2:

1 tin susu cair
2 bgks jelly (sumi)
2 bj epal @ buah2an lain m'ikut kesukaan
2 sudu gula

Cara2:

Panaskan susu cair dl periuk bersama gula. pastikan susu sentiasa d kacau n msk pd suhu yg sederhana.
bila mendidih mskkn dalam bekas n sejukkn
potong buah2an n jelly. masukkan dlm bekas berisi susu tadi. sejukkn dlm peti sejuk n enak d mkn slps 1 jam.
kalo nak sedap lg korang blh tambah buah2an dlm tin.


Hmmm....Ok ar...aku dah cuba....simple jer...

Sunday, January 15, 2006

SELAMAT HARI LAHIR..

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI...heheh...yang ke berape ek..huhu..dah semakin meningkat umurku....takpe...semakin meningkat usia...semakin matang org kate...matangkah aku????

Alhamdulillah....

Aku akan penuhi hari-hari yang mendatang dengan melakukan pelbagai amalan kebajikan.Semoga aku tidak mensia-siakan anugerah umur yang Allah anugerahkan.

Amin...

Hmm...walaupun duk umah jer..tapi byk gak keje kena buat...kire keje2 suri rumah tu mmg kena wat sumer le...kire bz gak le....

Skang sibuk duk train adik bongsu...adik bongsu ni spesel sket...kire kategori ahli syurga la...duk train die supaya leh urus diri sendiri...kire mandi sendiri,buang air sendiri...makan sendiri..tapi mmg mkn mase...Hmmm...mmg memerlukan kesabaran yg amat tinggi....okle..dia da nangis...

to be continue...


syedapnye kek coklat nie.....

Thursday, January 12, 2006

Onspeed Lajukan Internet Pada Pc Dan Telefon

Salam...

MELAYARI Internet memang best...ia satu aktiviti yang menyeronokkan sekiranya penjelajahan kita ke dunia maya itu berlangsung dengan pantas tanpa tersekat-sekat...Hmmm...tapi selalu ade gangguan kan....mcm lembab jer...nie aku jupe satu artikel....tryle baca ....

Melayari internet terlalu banyak gangguan. Gangguan tersebut atau sering disebut sebagai ?Internet slow? menyebabkan pengguna bosan kerana terpaksa membuang banyak masa semata-mata untuk menunggu laman web yang dilawati dipaparkan sepenuhnya.

Masalah ini lebih buruk lagi di kalangan pengguna talian tetap atau dial up yang berjumlah kira-kira 2.5 juta pengguna di Malaysia ketika ini dan turut dihadapi oleh kira-kira 400,000 pengguna jalur lebar (broadband).

Bagaimanapun, syarikat berasaskan industri media dan komunikasi, TEAMWORK Outsourcing Sdn. Bhd. (TEAMWORK Outsourcing) mempunyai penyelesaian kepada masalah kelembapan internet iaitu dengan menggunakan perisian ONSPEED.

ONSPEED, menurut Pengarah Urusan TEAMWORK Outsourcing, Norm Hosken, berkemampuan meningkatkan kepantasan melayari Internet sama ada menggunakan dial up, jalur lebar atau rangkaian 3G/GPRS untuk telefon bimbit.

Menggunakan teknologi pemampatan yang unik dan dipatenkan, ONSPEED mampu meningkatkan kepantasan capaian kepada Internet sama ada menerusi sambungan dial up sehingga 10 kali lebih pantas.

Di samping itu, ia juga mampu meningkatkan kepantasan sambungan jalur lebar sehingga lima kali dan lapan kali lebih pantas pada telefon bimbit menerusi jaringan 3G atau GPRS.

Menggabungkan teknologi pemampatan yang dikenali sebagai Pemampatan Kandungan Sensitif (CSC), ONSPEED mempunyai pelayan pemampatan dan prosedur penyelesaian masalah yang mampu mengurangkan saiz fail internet yang diambil daripada laman web.

Secara mudahnya, apabila pengguna melayari Internet, perisian ONSPEED akan membawa permohonan itu kepada pelayan pemampatan yang akan mengambil keseluruhan kandungan laman web dan memampatkannya.

Maklumat web yang dimampatkan itu akan dihantar semula kepada perisian ONSPEED yang kemudian akan menyahmampatkannya sebelum disampaikan kepada pengguna menerusi carian yang digunakan.

ONSPEED juga menggunakan teknologi unik dan dipatenkan yang dikenali sebagai Advanced Imaging berperanan membolehkan pengguna menerima paparan penuh laman web yang dicari dalam masa sama dengan mengekalkan tahap kualiti imej-imej yang terdapat pada laman web tersebut.

Ia bertindak dengan cemerlang untuk memampatkan hampir keseluruhan algoritma dalam sesebuah laman web termasuk teks, objek HTML, Macromedia Flash, dokumen pejabat (Word, Excel, PowerPoint), jpeg, bmp, png, gif, tiff, flash dan e-mel.

Perbandingan yang dilakukan menerusi simulasi muat turun menggunakan talian dial up menunjukkan imej bersaiz 7.5 megabait mengambil masa kira-kira empat minit untuk dipaparkan sepenuhnya berbanding hanya empat saat menggunakan perisian ONSPEED.

Kepantasan memuat turun data-data ini memberikan nilai tambah kepada pengguna dari segi penjimatan masa dan kos serta menambahkan keseronokan melayari Internet.

Perisian ini juga tidak memerlukan kerja pemasangan kejuruteraan yang sukar sebaliknya hanya boleh dimuat turun. Ia boleh dipasang dengan mudah sama ada menerusi laman web www.teamworkasia.com atau www.onspeedasia.com.

Ia boleh dilanggan pada harga RM162 untuk tempoh setahun dan pengguna juga boleh mencuba perisian ini secara percuma selama dua minggu yang boleh dimuat turun menerusi laman web yang sama.

ONSPEED juga boleh digunakan pada sebarang komputer, komputer poket, dan Apple Macintosh (OX10.2+) di atas pelayar MS Internet Explorer, Mozilla Firefox, AOL Netscape, Apple Safari, Opera dan MYIE.

Wednesday, January 11, 2006

MASAK LAGI...KENTANG GORENG..

Ni tips yg amat menjadi bagi korang yg suka ngan fries... ala kalau kat McD 2 org panggil Fun Fries... kalau beli slalu tak bagus sebab kentang McD ada sejenis bahan kimia yg memudaratkan..tp aku pun tak sure ape..so lebih baik buat sendiri..lebih original gitu...

1. kupas kentang ... ikut kreativity camne bentuk die..
2. taburkan garam secukup rase... kalau lebih nnti masin lak..
3. sejat kentang tu..sebab kalau letak garam tadi airnya akan keluar so korang kena toskan air tu betul2..kalau tak nanti meletup lak minyak bila kena air
4. then, goranglah segaring mungkin

kalau ikut step ni gerenti korang akan dapat rase kentang goreng yg ragup ala McD gitu..slamat merase..but make sure makan mase masih panas..kalau tak tak sedap..

Monday, January 9, 2006

RENUNG-RENUNGKANLAH

Salam...

Bile aku baca cerita nie....memang insaf.....sket2 terkena batang hidung sendirik gak.....

Lucu ya, wang rm 2 ringgit begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.


Lucu ya, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak.

Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran film di panggung wayang.

Lucu ya, susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

Lucu ya, betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadhan jika terlalu lama bacaannya.

Lucu ya, susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

Lucu ya, orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

Lucu ya, susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

Lucu ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempertanyakan apa yang dikatakan Al Quran.

Lucu ya, semua orang ingin masuk surga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya, kita boleh mengirim ribuan jokes guna email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikiran dua kali.


Saturday, January 7, 2006

HEPI ENDING-BALONG N KAKLONG

Kembali lagi....sambung terus le...lepas mama dapat panggilan dari mak kaklong..mama cam konfius..syok pun ade,pelik pun ade...kelako jer mama duk citer kat aku..tapi lbh pade hepile...mak kaklong cam beria tanya pasai balong...hmm..still cam konfius..naper tetiba dorang bleh berubah fikiran....

Ini nak kena siasat ni...heheh...so...selidik punyer selidik....tanya punyer tanya...dapatle maklumat...camni kisahnye....

kawan ayah kaklong yang sepatutnye kaklong dijodohkan ngan anak die... dapat tau gak kisah balong ngan kaklong...so..dia jd tak sedap hati le...takut sbb perjanjian tu...ayah kaklong terpaksa menolak balong....n sbb perjanjian tu mase dpn anak2 dorang nnti takut bermasalah...die pun pk punye pk...n bawa berbincang ngan ayah kaklong...ini soal mase depan anak2...kite tak bleh nak paksa anak2...biar dorang yang menentukan mase depan dorang..lagipun kite dah bagi ilmu pengetahuan kat dorang...dorang bleh pk mane baik...mane buruk....ni sumer kerja Allah...DIA yg susun sumer ni....kite tak bleh melawan takdir...mungkin anak kite bukan diciptakan untuk satu sama lain....

n...ni saje nak citer gakle...kami merasa jugak kesedihan ini...selepas berbincang dengan ayah kaklong n capai kata putus...beberapa hari lepas tu...kawan ayah kaklong sakit n pergi buat selama-lamanye....Al-Fatihah....Kawan ayah kaklong juga seorang yang terkenal ngan hati budi yang luhur dan dia seorang pemimpin yang adil dan saksama...memang menjadi role model aku....aku mmg respek die...dgr citer die mmg dah sakit lama ...sakit jantung...tapi die tetap dengan cara die...walaupun sakit....still melaksanakan tugas die sebagai seorang pemimpin yg berwibawa....ehh..melalut citer pasal kwn ayah kaklong plak...ok sambung balik...

Setelah pelbagai perkara yang berlaku....Ayah kaklong mohon petunjuk dr Allah...ayah kaklong jugak mintak kaklong mohon petunjuk dr Allah....n keputusannye....hmmm...hehehe...

Setelah capai kate putus...tu yg mak kaklong call mama tu...hmm...lepas mak kaklong call..mama suh aku emel balong n memberitahu khabar gembire ini....balong memula cam tak caya..."mimpikah aku"...hehe...setelah citer sumernye...barulah die sedar...ini bukan mimpi....ini mmg kenyataan...

mama proses perbincangan antara keluarga balong n kaklong pun bermula....sumernye berjalan dgn lancar...proses peminangan dilakukan tanpa balong n kaklong....takkan nak balik semata-mata nak bertunang kut...dorang kat sana mesti tersengeh-sengeh seronok...mama n baba pesan...jgn duk seronok sgt smp exam tak bleh jwab plak....kira dorang akan menghadapi final exam tak lama lagi pada mase tu......

Ayah kaklong tanak tunggu lama2...nnti mcm2 bleh berlaku...maklumle...anak pompuan...saper yg tak risau...dorang kat sana dah diberi warning jgn jumpe walaupun dah bertunang...tunggu balik mesia n kawin ...baru le bleh..heheh....

Masing2 dah capai kate putus bertunang 3 bulan jer...sbb balong n kaklong dijangka tamat belajar dalam masa 3 bulan lagi...so..lepas dorang balik...terus buat persiapan perkahwinan......takdele terus kahwin...tapi dlm bulan tu or bulan depan le....kire balong ngan kaklong sempatle buat persiapan perkahwinan dorang....

Mmg macam tak percaya....dah putus dah...bleh sambung lagi sehingga ke jinjang pelamin...syukur alhamdulillah...macam lagu too phat berduet ngan yassin...hehe...

Tanggal 29 Mei 2004 bersamaan 9 Rabiulakhir 1425H dan 5 Jun 2004 bersamaan 16 Rabiulakhir 1425H....adalah hari yang paling bahagia bagi pasangan yang menempuhi pelbagai onak dan duri...hehehe....maka bersatulah Mohd Akmal Kamarudin dan Nusaibah Abd Hadi...........Kami sekeluarga begitu gembira sekali...maklumle...1st time mama n baba dapat menantu n kami adik beradik 1st time dapat kakak ipar..n aku org yang paling hepi coz dapat seorang kakak yang best...bleh buli nanti...hehhe...gurau jer...


Thursday, January 5, 2006

PUDING ROTI KUKUS

Meh masak plak b4 smbg citer balong....hehehe....
Sediakan bahan-bahan yang cukup senang dan mudah... .

140gm roti tawar(warna putih & lembut)
1 biji telur ayam
1/2 camca vanilla
4 sudu susu pekat
1 sudu marjerin
150gm conflakes
1 camca gula caster
2 sudu gula kasar

cara-caranya:-

1. Rendam roti terlabih dahulu dan toskan..
2. Pukul marjerin dan gula kasar hingga kembang...
3. Masukkan telur dan vanilla dan pukul hingga rata..
4. Masukkn roti yang siap di toskan dan gaul hingga sebati...
5. Masukkan conflakes dan susu pekat dan gaul sebati
6. Akhir sekali,masukkan adunan dalam bekas pengukus... .dan taburkan gula caster atas adunan tadi...
7. Kukus sehingga masak... ..


p/s Conflakes boleh ditukar dengan bahan kering lain contohnya kismis..sedap dimakan ketika sejuk..dan boleh dimakan bersama sos kastad...


SeLAmAt MenCUba!!!!!!!!!!!

Wednesday, January 4, 2006

RENTETAN KISAH BGLONG

Hmmm....kite bersua lagi ..heheh...bersua ngan sape ntah...pape jele...janji aku ske ngan ape yg aku buat...nak luahkan ape yg terbuku di hati...sebenarnye banyak yg terbuku kat hati ni...sampai dah terkoyak-koyak dah buku kat hati ni...hehhee...

okle...smbg citer balong lah...kelmarin kisah percintaan balong ngan kaklong yg sedih n menyayat hati..percintaan yg tidak kesampaian...hehehe....sumernye ade hikmah..percayalah...macam lagu siti nurhaliza...'PERCAYAAALAHHH'....

Setelah hasrat dihati tak dapat ditunaikan...ingin rasenye membawa hati ini jauh2...bawak kemana balong...hehehe....balong memula tanak gak g kolej balik...mcm2 perasaan die mase tu...sedih..malu..kecewa...sumer ade...tambah plak kaklong dah ditukarkan ke kolej lain....tapi mama n baba pujuk n nasihat...

"ingat Allah balong....banyakkan solat sunat..banyakkan zikir...mohon pada Allah...jika Nusaibah bt Abd Hadi bukan diciptakan untuk Mohd Akmal bin Kamarudin....jauhkanlah dia dari hatiku...tabahkan hatiku dalam menempuh segala dugaanMU Ya Allah"

Balong pun dengan tabah meneruskan pelajarannye dan mendapat keputusan dengan cemerlang sekali....setelah tamat pelajarannye kat kolej...balong ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran kat Mesir...amik degree le...Dengan hati yg tenang dan bersyukur padaNYA...Balong menerima tawaran itu...mungkin salah satu sbb...nak melupakan sumer yg terjadi...rasenye le..hehe..

aku ingat lagi..pade mase peristiwa tu..Balong ske sgt lagu nasyid yg glemer waktu tu...tak ingat le kumpulan ape...bawah Hijjaz...haaa...UNIC...lagu ape ar...ok..dapat dah..

Hanya Tuhan Yang Tahu

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Hari-hari balong dgr lagu tu....walaupun rasenye lirik die takde le kaitan sangat ngan kisah hidup balong...tapi dia ske sgt...kengkadang mama marah gak..jgn lalai..jgn lagha...jgn biarkan nafsu menyelubungi kite.....hmm..betul ckp mama tu...tapi tak bleh salahkan balong 100%...sudah menjadi lumrah manusia...ade kelemahan n kelebihan....jadi kena sering nasihat menasihati,ingat mengingati....

Pada September 2002 adalah hari yg menggembirakan dan menyedihkan bagi keluarga kami...heheh...gumbira sebab balong dan aku konvo bulan tu...kire memula balong konvo...lepas seminggu aku plak konvo...mama n baba mmg gumbira sgtle...yg sedihnye....bulan tu jugak my luvly bro a.k.a balong nak g jauh beb....tambah2 mama...mmg sedih banget...tgk mama nangis...lagile rase nak nangis....mau basah satu airport mase tu..hehhee.....sib baik setahun jer balong further kat sana..klu 3 4 tahun..tatau le...Balong akan meninggalkan Malaysia untuk membawa hati yg terluka...hehehe...gurau jer...nak further study le....

So..ingatkan dah tamat le kisah balong n kaklong....nak dijadikan citer plak....kaklong pun further studi kat Mesir gak....dapat sumber maklumat dr kawan baba...mama n baba dah risau la...takut duk sana nnti kembali terjalin ukhuwah yg dah terputus tu....mama suh aku kontek balong tru emel..n ym ngan balong....borak punyer borak..balong kate mmg dah takde pape...dah full stop...the end...die nak tumpu pade pelajaran....lega hati mama n baba...

lebih kuang 1 tahun dah balong kat sana...tetiba.....jeng..jeng..jeng....suspen....

Mak kaklong call...call nak ckp ngan mama.....mmg pelik bin ajaib...pelik sesangat..mase tuh aku takde kat umah jugak..aku kat UPM dah mase tu...besele..mama le yg citer...semangat mama citer kat aku....nak tau ape citernye....hehehe...

pnjang perbualan mama n mak kaklong...mama kate cam dah lama kenai je bile borak ngan mak kaklong..serasi le tu....dipendekkan citer...kirenye mak kaklong kias2 tanya balong nih dah ade pengganti ke blum???kire kias2 le....mama senyum2 bile mak kaklong tanya camtu..mama le citer..hehehe....mama pun kias2 le ckp blum lagi..balong nak tumpu pade studi dl....heheeh...padehal mama tu gumbira la..blehle dapat menantu cepat2....


muka mama mase nak citer berita gumbira...dibayangkan jele...hehehe

letih ar...nnti smbg lagi lah....

to be continue....

Tuesday, January 3, 2006

KISAH BGLONG N KAKLONG

Hmm..seperti yg dijanjikan au nak story pasal bglong n kaklong...tak kisah le klu takde yg baca pun ...sbb mmg aku tulis untuk diri sendiri n femili jer...apa yg terlintas dihati mahu diluahkan di blog ni...untuk tatapan anak cucu aku nnti..heheh.....

Kisah bglong nih org jadikan pengajaran n teladan serta sumber inspirasiku......heheh...ok...mula ngan bglong dl...bglong nih anak sulong dlm keluarga baba n mama...dia nih mmg abg yg baik,rajin,peramah,ske tulun org...kire yg baik kasi kat die le...kire nak jadi contoh kat adik2 die le....

bglong nih baba n mama antar ke sek agama dr kecik...Stlh tamat amik 4 thanawi kat Ma'had Ehya' Asharif Gunong Semanggol Perak...bglong melanjutkan pelajaran kat KIDU(Kolej Islam Darul Ulum) kat Kedah...

Hmmm..bermula kat KIDU le bglong dipertemukan ngan kaklong...memula kitorang sumer tatau....sbb mmg baba n mama tegas bab2 cinta nih..kire takleh le dlm erti kate sebenar...mmg dlm islam takde istilah cinta....Jadi kitorang adik beradik mmg dah terdidik takleh bercinta...n takleh sesaje nak kawan ngan lelaki or pompuan....mmg tegas...n kitorang bersyukur dilahirkan dalam keluarga nih...Syukran mama n baba.....

Ok..sambung blk bab bglong td...bglong nih presiden kat KIDU tu...so kire glemer le...ape2 citer bglong mesti org tau punyer...mulut manusia bukan bleh tutup....dipendekkan citer...pade suatu hari....bglong call kate nak blk..padehal hari kuliah waktu tu....ni mama ar citer blk kat aku..mase tu aku takde kat umah...kat kolej mase tu...

So...mama n baba tanya le naper nak blk...cuti ke??bglong kate nnti die citer kat umah....then..bile dah smpai umah....yg lawaknye mama citer bglong nangis2 ....hehehe...mmg lawak...mesti die malu bile ingat blk....sib baik adik2 die takde mase tu...yg ade mase tu mama n baba n our luvly sister...Nurul Atifah....dia mmg tatau ape2...hehe...

Dialog ni mama yg citer kat aku....besele...mama ape2 hal mesti citer kat aku punyer...

Mama : nape balong? naper nangis plak ni....cuba citer kat mama...

Baba : ??

Balong:Mama..Baba...balong nak.....nak...nak...

Mama : Nak ape balong? Jgn le kasi mama n baba penin duk pk ....cuba citer slow ngan mama n baba

Baba : ?? (hehe..mama kate baba diam jer...mmg pun stail baba...diam2 ubi berisi)

Balong: Balong nak mama n baba g meminang....balong nak kawin....(sambil nangis)

Mama : Lailahaillallah....bertuah punya anak...hmm...nak kawin??ngan sape??naper cam nak cepat??naper nangis2 plak???

Baba : ????(masam jer muka baba...yele...takut anak dia buat bende tak elok je...)

Balong : Balong nak kawin...salahke? ok balong akan citer dr awal....

bglong pun citerle...balong ngan kaklong memula digosipkan jer...maklumle bglong presiden KIDU..n kaklong plak anak seorang yg alim dan disegani kat teganu..hehehe.....so digosipkan...yg gosip plak...bukan stakat student situ...pensyarah situ pun duk gosip gak...ape lagi...hati manusia....hehehe...

Kire dorang pun kawan...tapi ikut syariat le....walaupun sebenarnye tak digalakkan dalam islam...tapi aku percaya....bglong n kaklong berkawan mengikut syariat islam...setelah dkat 2 tahun lebih menjalinkan persahabatan ...smpaile ke pengetahuan ayah kaklong....ayah mane yg ske dgr anak pompuan die bercinta atau berkawan ngan lelaki.....tambah plak ayah kklong seorang yg alim dan disegani...ayah aku pun tak ske anak2 die camtu...

Nak dijadikan citer lagi....kklong nih dah ditempah le....kire ayah kklong dah setuju nak kawinkan kklong ngan anak kawan die bile abis studi tanpa pengetahuan kklong....kire ayah kaklong ngan ayah die besfren le...Kire nak sambung persahabatan dorang dengan ikatan kekeluargaan..Bile dgr berita pasal gosip tu...ayah kaklong tanya kaklong...n kklong memula takut ar nak ckp...pastu ayah kklong kate nak jodohkan ngan anak kawan die...kklong terkejut le..terkedu mendengarnye....tapi ...takkan nak ckp die bercinta ngan bglong kut....

pastu...kklong pun citer le kat bglong......bglong dah tak senang duduk dah...bglong suh kaklong ckp kat ayah kaklong...tapi kaklong takut n malu...pastu kaklong amik keputusan nak citer kat mak kaklong...mak kaklong mcm dah agak...tapi die diam jer..tunggu kaklong citer sendiri...so mak kklong pun citer kat ayah kaklong....ayah kaklong tak ske le...n tak setuju....akhirnye ayah kaklong amik keputusan pindahkan kaklong ke kolej lain walaupun kaklong dah final year dah...

tu sebab le bglong balik umah n amik keputusan citer kat mama n baba..walaupun die malu...tapi dari tak cuba langsung n terus kehilangan kaklong..sebaiknye amik risiko cuba dl....heheh....Kire harap mama n baba g risik n terus g minangle...tapi...takkan le mama n baba n pi kut bile balong dah citer sumer tu....kite dah tau kklong tu dah ditempah...pandai2 nak g risik lagi watpe....buat malu jer....

tapi disebabkan kesian n sedih gak tgk keadaan balong...baba try gak tanya kwn baba perkara sebenarnye yg terjadi...kwn baba tu kwn ngan ayah kklong gak...so die tau le perkembangan dorang sbb kwn baba tu jugak pensyarah KIDU....

kwn baba pun risik2 le kat ayah kklong...n mmg samele citer die ngan citer balong....mmg takleh wat pape dah...ayah kklong bertegas gak nak pegang janji...janji mesti ditepati...bglong tak puas hati lagi...dia suh kklong call aku mintak pendapat plak...hahaha...ade plak nak mintak pendapat adik die yg lagi tatau pape....tapi bile dah kklong call...aku pun ckple pape yg patut...suh die bertegas pujuk ayah die..sbb skang sumer atas die..bglong mmg takleh wat pape dah...kaklong smp nangis2 ckp die dah cuba ckp...tapi same gak keputusan die....

So...kesimpulannye balong n kklong kenalah terima kenyataan....takde jodoh antara kite...hahhaha...maka berpisahlah dorang...mama n baba kc nasihat jgn hubungi kklong lagi...bglong kena pegang kata2 nie..klu ade jodoh tak kemana....Allah dah tetapkan jodoh kite masing2...so kite kena terima sumernye...setiap yg terjadi sumer ade hikmahnye....mungkin jugak nie satu peringatan kat bglong n kaklong....hubungan tanpa pengetahuan ibubapa....MAYBE...WALLAHU A'LAM...

Muka bglong mase nangis camni le kut..hehe...rugi tak suh mama snap gmbar bglong nangis mase tu...

Muka Bglong mase sedih n sket2 dah bleh terime kenyataan....hehhe...rasenye le...

to be continue......

Monday, January 2, 2006

SYIFA' lagi...

Tetiba rase rindu sesangat pada Syifa'...hmm..Syifa ni anak sedara aku yg 1st...tu le yg sayang sgt...

Syifa jugak cucu sulong kepada Mariam hj Hashim a.k.a mama n Kamarudin hj Awg Basir a.k.a baba....mmg excited le bile ade seorang baby lahir dlm keluarga yg dah lama takde baby...heheh...

Umi Syifa' Nusaibah Hj Abd Hadi a.k.a kaklong n Abah Syifa' Mohd Akmal bin Kamarudin a.k.a bglong...kire bglong tu anak sulong baba n mama le....kaklong plak menantu sulong baba n mama....

Bile tgk keadaan sekarang cam tak caya jer...dulu bglong n kaklong menmpuhi pelbagai rintangan untuk bersatu...cewahh...mcm best jer...tapi mmg bile ingat balik kisah lalu....mmg itulah dikatakan jodoh...klu ade jodoh tak kemana...walau dipisahkan tetap bersatu jugak...

Hmm..arini cam nak citer je kisah bglong n kaklong....tapi...title Syifa'....klu gitu esokle aku story...to be continue...


Alang nih kacau jer Syifa' tido..heheheh


Takleh duduk lagi nih....didudukkan jer..hehehe....mmg tembam mase nih...tataule skang nih....kaklong kate dah kurus pipi syifa'...


Sunday, January 1, 2006

TAHUN BARU 2006

SALAM TAHUN BARU...hmm..apa yg perlu dikatakan..azam baru..hehe...asyik2 azam baru...azam tahun2 lepas pun banyak yg belum tercapai...kalau nak disenaraikan kat sini...mau tak cukup 10 page pun...heheh....

hmm..azam baru 2006 yg belum penah azam lagi tahun2 lepas ialah nak kerja....still lom dapat kerja lagi nih...dah masuk 2006 dah ni...bukan nak merungut...tapi memohon padeNYA..pada YG MAHA ESA semoga dimurahkan rezeki n dapat kerja demi untuk membantu keluarga..teringin sangat nak rase kasi duit bulan2 kat parent...mesti best kan...hehe...ape pun...aku akan pastikan ianye akan tercapai...insyaAllah...Amin...

rindu kat anak sedara le...SYIFA'.....bile le nak blk mesia nih...alang rindu sesangat....duk tgk gambar die je le...

Gambar ni waktu Syifa' umo 2 bulan lebih...baru pandai meniarap...skang dah bleh ape dah ek....


Syifa'...bile nak balik.......