Friday, June 23, 2006

Rojak cucur udang

Salam...

Saje nak share kat kawan2 resipi yg dapat dari seseorang. Walaupun simple tapi amat berguna, untuk yang baru nak belajar memasak sila2kanlah ye...



Rojak (ala melayu) - Cucur Udang - Kuah Rojak


200g tauge (dibuang ekor dan dicelur)
200g sengkuang (dikupas & dihiris nipis)
200 g timun (dihiris nipis)
3 keping tauhu (digoreng & dihiris nipis)
4 biji telur (direbus, dikupas & dihiris)

Bahan Cucur Udang

100g tepung gandum
20 g tepung beras
200 g udang sederhana (dibuang kulit)
1 bj. telur
1 bj. cili hijau (buang biji dan dihiris halus)
1 bj. cili merah (buang biji dan dihiris halus)
15 tangkai daun kucai (dihiris halus)
sedikit air
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara-cara


Tepung gandum, tepung beras dan garam.
2. Masukkan udang, telur, cili hijau, cili merah, daun kucai dan air untuk menjadikan bancuhan yang tidak begitu keras.

3. Panaskan minyak. Ambil sesudu demi sesudu adunan dan goreng sampai keperangan. Angkat, tuskan dan hiris.

Bahan Kuah
3camB minyak
8 ulas bawang merah (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
2-3 camB pes cili
200g keledek (dikupas, direbus & dilecek)
1 camB asam jawa & 500 ml air (diperah dan ditapis)
2 camB gula merah
200g kacang tanah (digoreng tanpa minyak, dikupas & dikisar)
garam secukupnya


Big Smile
Cara-cara:

  • Panaskan minyak. Tumis bawang kisar dan pes cili hingga wangi.
  • Masukkan keledek, air asam jawa, gula dan garam kacau hingga mendidih. Kemudian renehkan selama 30 minit. Tambah air jika terlalu pekat.
  • Akhir sekali bubuh kacang tanah. Kacau lagi sampai mendidih.
    Angkat dan sajikan dengan cucur udang, tauge, sengkuang, timun , tauhu dan telur.

No comments: