Tuesday, December 20, 2005

CPT DTG REZEKI

Salam...

saje nak paste mende nie....hehe...aku klu malas nak nulis...aku nak paste jer pape yang aku rase menarik....selamat menghayati.....

Surah al-waaqi'ah kalau dirangkaikan dengan solat di satu pertiga malam, akan mendapat faedah untuk mendatangkan rezeki dan kekayaan.


1... . Jadi kalau anda ingin rezeki lebih cepat datang sehingga lekas jadi kata, maka selain amalan-amalan yang biasa anda lakukan, perlu juga mengerjakan amalan ini., iaitu bangun di tengah malam sembahyang sunat 2 rakaat.Setelah selesai duduk menghadap kiblat dan membaca surag al-waaqi'ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis.

ataupun

2... .. cara yang kedua membaca surah al'waqi'ah ini sebanyak 40 kali setiap hari berturut-turut. Setelah selesai membaca surah tersebut, bacalah doa surah al-waqi'ah dibawah ini sebanyak 3 kali.


" Ya Allah, turunkanlah hidangan bagi kami dari langit sebangai keraian, iaitu bagi orang-orang yang bersama kami, dan yang hidup selepas kami, serta menjadi bukti atas kekuasaan-Mu, berilah rezeki untuk kami, kerana Engkau sebaik-baik Pemberi rezeki.
"Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langir, maka turunkanlah ia: jila ia di bumi, keluarkanlah ia, dan jika ia ada di dalam dan lautan, munculkanlah. Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia, jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami, dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikan-Mu, dengan Rahmat-Mu wahai Yang Maha Mengasihi di antara yang pengasih" .. amin


... tetapi harus diingat dahulukan solat 5 waktu sehari semalam

.. insyaAllahh

hmm...insyaAllah....

No comments: