Monday, September 11, 2006

PETUA HARI INI.

Salam..

Salam..

hmmm....mehle baca petua2 di bawah nie...hehehe....aku dah cuba petua hilangkan batuk...insyaAllah kalau kite yakin....Alhamdulillah....hmm...bukan tak percaya ngan klinik or hospital...tapi setakat sakit sket2 tu...better guna petua org dedolu jer..

Hilangkan batuk


Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor


Mari hapuskan kelemumur.

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.


Mengelakkan kulit berparut selepas bersalin

Dalam masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika anda mengamalkan ini dengan tekun nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut


Mengubati penyakit jantung.

Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.


Kuku mencengkam

Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu, ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi. Apa yang boleh anda lakukan cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat, amalkan sehingga sembuh.


Menghilangkan panau.

Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.


Melegakan tekak akibat batuk

Asam jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Caranya ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan kedalam botol kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat tadi kedalam air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah, mudah-mudahan tekak anda akan merasa lega dan suara tidak lagi serak.


Meredakan batuk.

Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.


Menghitamkan alis mata

Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis... Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

No comments: