Showing posts with label IT. Show all posts
Showing posts with label IT. Show all posts

Wednesday, March 15, 2006

Istilah IT Yang Sering Mengelirukan

Salam...

Memang banyak istilah IT yang mengelirukan...artikel dibawah hanya sebahagian sajer....yang basic2 pun byk yang mengelirukan....hehehe...aku walaupun belajar IT...memang byk yg aku keliru....hehehe....


Istilah IT terdapat dalam jumlah ribuan dan ia terbahagi menurut genre IT tertentu. Ada di antara istilah-istilah ini mempunyai akronim yang sama tetapi membawa makna yang berlainan. Malah ada istilah IT yang disalahertikan untuk menjadi istilah tertentu tetapi sebenarnya ia membawa maksud berlainan.
Acronym atau akronim adalah kependekan yang menjadi dan menjadi perkataan yang boleh disebut. Yang menjadi kekeliruan apabila terjadinya akronim dalam akronim seperti SAX yang menjadi singkatan kepada Simple API for XML.

ASP Active Server Page atau penyedia perkhidmatan atau Application Service Provider (ASP)? Kedua-duanya sering digunakan dalam industri pembangunan aplikasi dan web.
ATM Automatic teller machine atau asynchronous transfer mode? Pekerja IT yang bekerja di bank sering menggunakan kedua-duanya jenis ATM.

bandwidth Adakah bandwidth bermaksud "kapasiti atau kelajuan secara am"? Atau ia membawa makna yang lebih teknikal seperti selebar mana jalur siaran atau aliran data? Kedua-duanya betul. Saluran atau channel membawa enam maksud sebenarnya tetapi itu tidak mengelirukan?

_JavaScript _JavaScript adalah tidak sama dengan Java dan ramai orang berfikir begitu. Anda bagaimana?

kilobit Adakah kilobit bersamaan dengan 1,000 bits atau 1,024 bits? Betul jika ia 1,000 bits tetapi standard meletakkan titik perpuluhan kepada unit 1,024 atau binari.

.NET .NET adalah istilah yang digunakan oleh Microsoft untuk penggunaan XML bagi mengistilahkan perkongsian data menerusi Internet supaya aplikasi boleh digunakan secara jarak jauh. Namun begitu ia sering berubah kerana idea sering muncul dan spesifikasinya sering berubah.

platform Adakah ia platform perkakasan (pemproses atau cipset) atau perisian yang digunakan (sistem operasi) atau kedua-duanya sekali? Atau ia membawa maksud sebarang produk yang perlu dijalankan di atas sesuatu? Walau apapun istilah dan kegunaan perkataan ini ia pasti akan membawa pelbagai maksud menurut konteks penggunaan.

server Adakah server atau pelayan sebuah program atau ia sebuah komputer yang berdedikasi untuk melakukan tugas tertentu sahaja. Biasanya ia membawa dua maksud tadi tetapi adakalanya adalah penting untuk tahu apa yang anda instal pada komputer anda.

Windows Istilah "Windows" telah digunakan dengan kerap dan ia sering disalah ertikan sejak terdapat banyak versi Windows (95, 98, 2000, XP,) yang menawarkan ciri-ciri dan masalah yang berbeza.

Istilah IT lain yang sering mengelirukan adalah seperti architecture, backup, bind atau binding, dependency, DNS vs. DSN (istilah yang serupa), groupware, intelligence, interface, intranet, knowledge, metadata, middleware, mirror in data storage, MPOE, prototype, repeater, robustness, snapshot in data storage, subnet mask, dan third generation (3G).

Namun begitu istilah yang diMelayukan lebih subjektif kepada kandungan teks dan ayat berbanding dengan terjemahan terus perkataan itu. Malah banyak istilah IT dalam bahasa Melayu direka berdasarkan pengalaman dan persamaan bunyi daripada istilah bahasa Inggeris atau terdapat penambahan kepada teks asal seperti mouse yang diistilahkan sebagai tetikus dan tidak diistilahkan sebagai tikus. Kita akan menyenaraikan lagi istilah-istilah IT yang mengelirukan untuk tatapan kita bersama.

Thursday, January 12, 2006

Onspeed Lajukan Internet Pada Pc Dan Telefon

Salam...

MELAYARI Internet memang best...ia satu aktiviti yang menyeronokkan sekiranya penjelajahan kita ke dunia maya itu berlangsung dengan pantas tanpa tersekat-sekat...Hmmm...tapi selalu ade gangguan kan....mcm lembab jer...nie aku jupe satu artikel....tryle baca ....

Melayari internet terlalu banyak gangguan. Gangguan tersebut atau sering disebut sebagai ?Internet slow? menyebabkan pengguna bosan kerana terpaksa membuang banyak masa semata-mata untuk menunggu laman web yang dilawati dipaparkan sepenuhnya.

Masalah ini lebih buruk lagi di kalangan pengguna talian tetap atau dial up yang berjumlah kira-kira 2.5 juta pengguna di Malaysia ketika ini dan turut dihadapi oleh kira-kira 400,000 pengguna jalur lebar (broadband).

Bagaimanapun, syarikat berasaskan industri media dan komunikasi, TEAMWORK Outsourcing Sdn. Bhd. (TEAMWORK Outsourcing) mempunyai penyelesaian kepada masalah kelembapan internet iaitu dengan menggunakan perisian ONSPEED.

ONSPEED, menurut Pengarah Urusan TEAMWORK Outsourcing, Norm Hosken, berkemampuan meningkatkan kepantasan melayari Internet sama ada menggunakan dial up, jalur lebar atau rangkaian 3G/GPRS untuk telefon bimbit.

Menggunakan teknologi pemampatan yang unik dan dipatenkan, ONSPEED mampu meningkatkan kepantasan capaian kepada Internet sama ada menerusi sambungan dial up sehingga 10 kali lebih pantas.

Di samping itu, ia juga mampu meningkatkan kepantasan sambungan jalur lebar sehingga lima kali dan lapan kali lebih pantas pada telefon bimbit menerusi jaringan 3G atau GPRS.

Menggabungkan teknologi pemampatan yang dikenali sebagai Pemampatan Kandungan Sensitif (CSC), ONSPEED mempunyai pelayan pemampatan dan prosedur penyelesaian masalah yang mampu mengurangkan saiz fail internet yang diambil daripada laman web.

Secara mudahnya, apabila pengguna melayari Internet, perisian ONSPEED akan membawa permohonan itu kepada pelayan pemampatan yang akan mengambil keseluruhan kandungan laman web dan memampatkannya.

Maklumat web yang dimampatkan itu akan dihantar semula kepada perisian ONSPEED yang kemudian akan menyahmampatkannya sebelum disampaikan kepada pengguna menerusi carian yang digunakan.

ONSPEED juga menggunakan teknologi unik dan dipatenkan yang dikenali sebagai Advanced Imaging berperanan membolehkan pengguna menerima paparan penuh laman web yang dicari dalam masa sama dengan mengekalkan tahap kualiti imej-imej yang terdapat pada laman web tersebut.

Ia bertindak dengan cemerlang untuk memampatkan hampir keseluruhan algoritma dalam sesebuah laman web termasuk teks, objek HTML, Macromedia Flash, dokumen pejabat (Word, Excel, PowerPoint), jpeg, bmp, png, gif, tiff, flash dan e-mel.

Perbandingan yang dilakukan menerusi simulasi muat turun menggunakan talian dial up menunjukkan imej bersaiz 7.5 megabait mengambil masa kira-kira empat minit untuk dipaparkan sepenuhnya berbanding hanya empat saat menggunakan perisian ONSPEED.

Kepantasan memuat turun data-data ini memberikan nilai tambah kepada pengguna dari segi penjimatan masa dan kos serta menambahkan keseronokan melayari Internet.

Perisian ini juga tidak memerlukan kerja pemasangan kejuruteraan yang sukar sebaliknya hanya boleh dimuat turun. Ia boleh dipasang dengan mudah sama ada menerusi laman web www.teamworkasia.com atau www.onspeedasia.com.

Ia boleh dilanggan pada harga RM162 untuk tempoh setahun dan pengguna juga boleh mencuba perisian ini secara percuma selama dua minggu yang boleh dimuat turun menerusi laman web yang sama.

ONSPEED juga boleh digunakan pada sebarang komputer, komputer poket, dan Apple Macintosh (OX10.2+) di atas pelayar MS Internet Explorer, Mozilla Firefox, AOL Netscape, Apple Safari, Opera dan MYIE.