Thursday, January 12, 2006

Onspeed Lajukan Internet Pada Pc Dan Telefon

Salam...

MELAYARI Internet memang best...ia satu aktiviti yang menyeronokkan sekiranya penjelajahan kita ke dunia maya itu berlangsung dengan pantas tanpa tersekat-sekat...Hmmm...tapi selalu ade gangguan kan....mcm lembab jer...nie aku jupe satu artikel....tryle baca ....

Melayari internet terlalu banyak gangguan. Gangguan tersebut atau sering disebut sebagai ?Internet slow? menyebabkan pengguna bosan kerana terpaksa membuang banyak masa semata-mata untuk menunggu laman web yang dilawati dipaparkan sepenuhnya.

Masalah ini lebih buruk lagi di kalangan pengguna talian tetap atau dial up yang berjumlah kira-kira 2.5 juta pengguna di Malaysia ketika ini dan turut dihadapi oleh kira-kira 400,000 pengguna jalur lebar (broadband).

Bagaimanapun, syarikat berasaskan industri media dan komunikasi, TEAMWORK Outsourcing Sdn. Bhd. (TEAMWORK Outsourcing) mempunyai penyelesaian kepada masalah kelembapan internet iaitu dengan menggunakan perisian ONSPEED.

ONSPEED, menurut Pengarah Urusan TEAMWORK Outsourcing, Norm Hosken, berkemampuan meningkatkan kepantasan melayari Internet sama ada menggunakan dial up, jalur lebar atau rangkaian 3G/GPRS untuk telefon bimbit.

Menggunakan teknologi pemampatan yang unik dan dipatenkan, ONSPEED mampu meningkatkan kepantasan capaian kepada Internet sama ada menerusi sambungan dial up sehingga 10 kali lebih pantas.

Di samping itu, ia juga mampu meningkatkan kepantasan sambungan jalur lebar sehingga lima kali dan lapan kali lebih pantas pada telefon bimbit menerusi jaringan 3G atau GPRS.

Menggabungkan teknologi pemampatan yang dikenali sebagai Pemampatan Kandungan Sensitif (CSC), ONSPEED mempunyai pelayan pemampatan dan prosedur penyelesaian masalah yang mampu mengurangkan saiz fail internet yang diambil daripada laman web.

Secara mudahnya, apabila pengguna melayari Internet, perisian ONSPEED akan membawa permohonan itu kepada pelayan pemampatan yang akan mengambil keseluruhan kandungan laman web dan memampatkannya.

Maklumat web yang dimampatkan itu akan dihantar semula kepada perisian ONSPEED yang kemudian akan menyahmampatkannya sebelum disampaikan kepada pengguna menerusi carian yang digunakan.

ONSPEED juga menggunakan teknologi unik dan dipatenkan yang dikenali sebagai Advanced Imaging berperanan membolehkan pengguna menerima paparan penuh laman web yang dicari dalam masa sama dengan mengekalkan tahap kualiti imej-imej yang terdapat pada laman web tersebut.

Ia bertindak dengan cemerlang untuk memampatkan hampir keseluruhan algoritma dalam sesebuah laman web termasuk teks, objek HTML, Macromedia Flash, dokumen pejabat (Word, Excel, PowerPoint), jpeg, bmp, png, gif, tiff, flash dan e-mel.

Perbandingan yang dilakukan menerusi simulasi muat turun menggunakan talian dial up menunjukkan imej bersaiz 7.5 megabait mengambil masa kira-kira empat minit untuk dipaparkan sepenuhnya berbanding hanya empat saat menggunakan perisian ONSPEED.

Kepantasan memuat turun data-data ini memberikan nilai tambah kepada pengguna dari segi penjimatan masa dan kos serta menambahkan keseronokan melayari Internet.

Perisian ini juga tidak memerlukan kerja pemasangan kejuruteraan yang sukar sebaliknya hanya boleh dimuat turun. Ia boleh dipasang dengan mudah sama ada menerusi laman web www.teamworkasia.com atau www.onspeedasia.com.

Ia boleh dilanggan pada harga RM162 untuk tempoh setahun dan pengguna juga boleh mencuba perisian ini secara percuma selama dua minggu yang boleh dimuat turun menerusi laman web yang sama.

ONSPEED juga boleh digunakan pada sebarang komputer, komputer poket, dan Apple Macintosh (OX10.2+) di atas pelayar MS Internet Explorer, Mozilla Firefox, AOL Netscape, Apple Safari, Opera dan MYIE.

No comments: