Saturday, April 14, 2007

Alhamdulillah...Adik Yin dah ditemui...

Yin ditemui selamat

Oleh Hardi Effendi Yaacob, Mohd Azis Ngah dan Ifwan Tun Tuah


Pasangan Myanmar bawa pulang Nazrin ketika cuba lintas jalan dekat Sogo

KUALA LUMPUR: Lagu Twinkle Twinkle Little Star yang dinyanyikan Muhammad Nazrin atau Yin, 4, melalui telefon kepada ayahnya, Shamsul Ghazali Shamsuddin, 35, cukup membuat si ayah sebak dan mengesahkan suara itu adalah suara anaknya.

Malah, lagu itu juga simbolik kepada penemuan kanak-kanak berkenaan yang hilang sejak dua minggu lalu ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di Kompleks Sogo, di sini, pada 31 Mac lalu.

Shamsul Ghazali berkata, mulanya dia tidak percaya apabila bekas rakan sekuliahnya, Baharuddin Hassan memberitahu Yin sudah ditemui semalam, kecuali selepas mendengar sendiri suara anak sulungnya itu melalui telefon.

syukur alhamdulillah di atas kepulangan adik Yin ke pangkuan keluarganya.. mula2 dulu aku pun rasa Yin ni takkan dijumpai.. sbb dah byk kes mmg hilang terus.. n aku imagine Yin dah diseludup ke negara jiran..tp syukur, dia dipulangkan blk..botak plak tu....comei je adik yin botak...memang ade sket suspicious coz 2 minggu Adik Yin dijaga dan tidak dilaporkan pada pihak berkuasa....alasan dorang sbb takde tv kat umah dorang....hmm...sume tu biarla polis je yg handle....cuma rasanya kes ni akan jd pengajaran buat sume parents n parents Yin telah diberi peluang kedua yg diorg akan hargai sampai bila2..

sekali lagi aku nak tekankan kat sini....untuk parents yg ada anak hyperactive nih.. yg tak suka dipegang, tak suka duduk..asyik nak blari2 je.. pakaikan diorg toddler harness nih.. biarla ada org mjeling ke sbb tambat anak camtu.. tp demi keselamatan diorg.. abaikan je tanggapan buruk tu..hehehe


Monday, April 9, 2007

ADIK YIN....MANA KAMU MENGHILANG??



Bernama Muhammad Nazrin dan berusia 4 tahun 10 bulan.
Hilang pada 31/03/2007 (Sabtu) lebih kurang jam 2.00 ptg di SOGO.
Sewaktu hilang berbaju kemeja kelabu (kotak) & seluar jeans biru.
Sekiranya mempunyai maklumat, mohon hubungi:- EN. SHAMSUL (012-509 0451) PN. NOR AMIZAH (012-374 9647) Atau mana-mana Balai Polis berhampiran.


Aku turut sedih membaca berita tersebut..Aku harap sesiapa yg yg mengambil secara sengaja atau tidak...tolong pulangkan semula.....

kes adik yin yg hilang nihh teringat aku budak cina yg hilang dulu tuhh...
nama budak tu ting song sheng...hilang tahun 1996 pada usia 9 tahun..
dah 11 tahun hilang tanpa berita...kalau usianya panjang dah muda remaja budak ni..
apakan daya nasibnya masih tak diketahui hingga kini....

dan ingatlah tragedi kanak kanak jatuh di pasaraya kat Alor Setar
.....tolonglah jaga.... .kalo nak pi shopping tuh....make sure anak2 tuh ada kat sebelah...kalau bleh pegang anak2...tambah plak kalau anak2 yang hyperaktif...tulunle jaga dengan ketat...emosi plak aku nih....

moralnya...kita harap ibubapa yg bawa anak ke pasaraya tolong jaga anak dgn sepenuhnya.....jgn leka dgn shopping kita.....


kepada keluarga adik YIN.....harap sabarlah..(hehhehe..naluri keibuan mesti ade dlm jiwa setiap wanita....faham ape yg dialami oleh ibu YIN.....)

Saturday, March 31, 2007

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur RAsul ..........

Hari ini sekali lagi kita menyambut kelahiran Nabi kita Rasulullah s.a.w.......


Selamat Menyambut Maulidur Rasul, 12 Rabi'ul Awal, 1428 Hijrah bersamaan 31 Mac 2007. Selawat serta salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.

Panjatkan doa kepada Baginda agar Baginda mengurniakan syafaat kepada semua umat Islam di akhirat kelak.

Kepada semua sahabat...marilah bersama kita meningkatkan syiar Islam....

Monday, March 19, 2007

Wanita...anak...isteri...ibu...

Salam...

~"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.." ~


Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, "Awak ni cantiklah",
maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah ia.
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?
Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.

Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya.
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya.

Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu.
Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.

Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya.
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia.

Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.

Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya.
Cantik warnanya harumnya tiada.

Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.

Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.

Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya. Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apatah lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah. Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.

Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya.
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.

Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan?
Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.

Tuesday, March 13, 2007

TEKNIK MENGUBAT TEKANAN

Salam...

Hmm..teknik mengubat tekanan....tekanan ke aku nie...hehehe......

Terangi hati dengan cahaya iman


Masalah ini berpunca dari hati yang sakit disebabkan paras nafsu yang berlebihan dan kekurangan makanan yang berkhasiat. Makanan yang diperlukan adalah iman kepada Allah, tunduk dan taat kepada-Nya dengan melakukan amal ibadat. Ini menuntut kepada ilmu. Baca buku-buku yang mampu menuntun kepada kayakinan akidah, ibadah dan akhlak yang baik. Kecantikan bukan sekadar paras rupa akan tetapi kesihatan hati dan kecantikan kalbu juga.

Meditasi cara Islam

Carilah tempat yang bersih dan selesa, dengan wangian aroma terapi yang lembuat dan udara yang nyaman dan sejuk serta suasana yang tenang. Lakukan meditasi solat, fokuskan pemikiran dan perasaan pada ketenangan khusyuk solat, mengingati Allah, mengingati akhirat dan jauhkan diri daripada kesibukan dunia buat seketika.

Memilih tabiat yang positif

Hidup di tengah-tengah orang yang beriman, bergaul dengan orang yang saleh

Amalkan sifat redha kepada Allah

Tiga ramuan mewujudkan keredaan dalam hati iaitu pertama istirja? bermaksud mengucapkan lafaz Inna Lillahi Wa Inna Illaihi Rajiun (sesungguhnya segala sesuatu adalah milik Allah dan kepada-Nya semua akan kembali). Yang kedua, ketika susah hati banyak ingatkan diri kepada nikmat Allah dan bersyukur, lihat kepada orang yang tidak bernasib baik yang diuji lebih berat berbanding diri. Jika Allah mengambil sedikit harta, ingatlah akan harta yang masih banyak dari kurniaan lain yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Yang ketiga, jangan menyerah kepada nasib, reda bermaksud wajib ikhtiar. Seandainya musibah menimpa, cepatlah bangkit ubati segala kesakitan dengan keberanian dan minta pertolongan Allah s.w.t.

Seorang wanita yang tertekan mengadu kepada isteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Aisyah RA. Katanya, ?Wahai Aisyah, hatiku keras dan jiwaku gelisah, apakah ubatnya?? Aisyah berkata: ?Banyakkanlah mengingat mati, sesungguhnya ia ubat bagi kerasnya hati.?

Monday, February 26, 2007

KISAH MENARIK

Salam...

kat sini aku paste satu kisah menarik bg aku la...hmm...indahnye syurga itu....semoga kite sumer dapat merasa nikmat syurga.....Amin.....

"Suatu ketika, Rasulullah SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman berkunjung sebagai tetamu ke rumah Ali. Di sana mereka dijamu oleh Fatimah, puteri Rasululllah SAW sekaligus isteri Ali bin Abi Thalib. Fatimah menghidangkan untuk mereka semangkuk madu. Ketika mangkuk itu diletakkan,sehelai rambut jatuh melayang dekat mereka. Rasulullah SAW segera meminta para sahabatnya untuk membuat perbandingan terhadap tiga benda tersebut, iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar yang mendapat giliran pertama segera berkata, ?iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut?.

Rasulullah SAW tersenyum, lalu menyuruh Umar untuk mengungkapkan kata-katanya. Umar segera berkata, ?kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Rajanya lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut?.

Rasulullah SAW kembali tersenyum, lalu berpaling kepada Uthman seraya mempersilakannya untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Uthman berkata, ?ilmu itu lebih cantik dari madu yang cantik ini. Orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut?.

Rasulullah SAW kembali tersenyum kagum mendengar perumpamaan yang disebutkan para sahabatnya itu. Baginda pun segera mempersilakan Ali bin Abi Thalib untuk mengungkapkan kata-katanya. Ali berkata, ?tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut?.

Rasulullah SAW segera mempersilakan Fathimah untuk membuat perbandingan tiga benda di hadapan mereka. Fathimah berkata, ?seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Wanita yang mengenakan purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tidak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut?.

Setelah mendengarkan perumpamaan dari para sahabatnya, Rasulullah SAW segera berkata, ?seorang yang mendapat taufiq untuk beramal lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini. Beramal dengan perbuatan baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas, lebih sulit dari meniti sehalai rambut.?

Malaikat Jibril yang hadir bersama mereka, turut membuat perumpamaan. ?menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik. Menyerahkan diri, harta dan waktu untuk agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehalai rambut?.

Allah SWT membuat perumpamaan dengan firmanNya dalam hadis Qudsi, ?syurgaKu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu. Nikmat syurgaKu itu lebih manis dari madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sulit dari meniti sehalai rambut?.

Wallahhualam..

Saturday, February 17, 2007

PESANAN UNTUK BAKAL ISTERI

Salam..

Hmmm...pesanan untuk bakal isteri....termasuk aku la...cuma aku tatau bile tarikh bahagia tu....huhuhu.....

Pesanan Asma' binti Kharijah Fazari kepada anak gadisnya pada hari perkahwinan anaknya itu.

"Hai anakku, kin engkau telah keluar dari sarang yang dahulu adalah tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar.

Kini engkau akan beralih ke suatu hamparan dan kediaman yang belum engkau kenali. Dan engkau harus berkawan pula dengan seseorang yang belum engkau mesrai.

Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah untuknya dan dia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan dia akan menjadikan engkau sebagai tiangnya.

Janganlah membebaninya dengan pelbagai kesukaran sbb itu akan menyebabkan dia meninggalkanmu.

Jangan lah engkau terlalu jauh darinya agar dia tidak melupaimu. Tetapi kalau dia mendekatimu dekatilah ia; dan sekiranya dia agak menjauhmu, jauhilah dia dengan baik.

Peliharalah suamimu itu sungguh-sungguh. Hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Jangan biarkan suamimu mencium sesuatu yang tidak enak darimu kecuali yang harum-harum belaka. Jangan pula dia mendengar sesuatu kecuali yang enak-enak sahaja dan jangan biarkan dia melihat sesuatu kecuali sesuatu yang indah darimu".

InsyaAllah.....bertuah siapa yang bakal menjadi suamiku....hehehehe.....

Tuesday, January 30, 2007

Selamat Berpuasa - 10 Muharram 1428

Bagi yang berpuasa
selamat berpuasa dan menghayati kebaikan dan pahala puasa pada hari ini


Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata;

Nabi saw bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasapada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pa

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata;

Nabi saw bersabda yang bermaksud:

Barangsiapayang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasapada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji danUmrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa kepada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya:

Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah:

Benar!.

Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa' .

Bertanya para sahabat :

"Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?"

Sabdanya :


ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram



bagi sesiapa yg ingin
berpuasa juga pada hari ahad,
ianya untuk hari tasu'a (9 Muharram).
hari yg membezakan
ibadah kita drpd mereka yg yahudi.

insyaAllah,
segala ibadah kita dirahmatiNya
yg Maha Mengetahui.

wallahualam.

Sunday, January 21, 2007

Maal Hijrah 1428-Tahun Baru....

Hmm...Selamat Tahun Baru 1428H......... Semoga hari ini sentiasa lebih baik dari hari semalam..... insyaAllah....

Aku akan ambil iktibar akan segala perkara yang telah berlaku dan aku akan tanam niat serta berikhtiar untuk perubahan yang lebih baik yang lebih bermanafaat untuk diri sendiri khasnya dan untuk orang-orang sekeliling kita amnya.

Semoga 1428H ini lebih membuka peluang keamanan bagi umat islam khususnya dan umat manusia sejagat amnya. Moga palestin, iraq, afghanistan, somalia dan seantero dunia islam lebih aman. Tak lupa doakan agar negara kita juga dijauhi anasir2 jahat dan pemimpin yg kejam. Amin.

SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH INI KITA AKAN LEBIH DIBERKATI DAN DIRAHMATI.

Selamat 'Berhijrah' semua... Selamat tinggal segala yang menghitamkan buku amalan....... Amin...........

Monday, January 15, 2007

MY BIRTHDAY AGAIN....

Alhamdulillah... aku ucapkan kepada Allah SWT... karena tahun ini aku masih di beri panjang umur dan kesihatan yang baik... Umurku sudah bertambah satu angka lagi....Menjadi....Ya Allah..takut plak nak sebut...huhuhu....umurku sudah genap 26 tahun hari ni....... rasanya seperti mimpi aja... aku masih merasa seperti usia 17 tahun.... hehheheheh.....

begitu cepat ternyata waktu berlalu sehingga aku sudah tidak menyedari jika saat ini usiaku terus bertambah... aku hanya berharap di usiaku yang ke 26 tahun ini, aku semakin baik dari usiaku yang sebelumnya dan semoga juga aku di berikan rahmat dari Allah SWT...

tak banyak yang bisa aku ucapkan untuk di usiaku yang 26 tahun ini.. selain harus lebih baik memacu masa depanku untuk meraih segala cita dan cinta yang aku inginkan..cinta????

Di saat ni..aku rasa seperti teringin sgt untuk melangkah ke satu alam lagi...alam berumah tangga...hatiku begitu terusik melihat keletah bayi comei..aku rasa jeles sgt melihat sahabat2 ku yang seusia denganku malah ada yang lebih muda dariku sudah mempunyai zuriat...sungguh comel baby2 tu....

Ya Allah ya tuhanku...kurniakanlah aku seorang suami yang boleh memimpin ku dan anak-anakku ke jalan yang diredhoi olehMu ya Allah....

Aku hanya boleh menenangkan hatiku dengan mengatakan.....belum smp jodoh aku lagi.....Sudah tertulis di Luth Mahfuz bahawa jodoh aku lambat sket..hehehe....

Aku bukan seorang yang choosy seperti yang dikatakan oleh setiap kaum adam yang ingin melamarku....tapi aku mungkin belum jumpa lagi kaum adam yang bile aku jumpa...terasa seperti ....yaaa...dia memang diciptakan untukku..hehe..jiwang plak....aku tak tau ape perasanku yang sebenarnye...ape kehendakku yang sebenarnye...Ape yang aku boleh katakan, naluriku sekarang ini...begitu ingin mempunyai sebuah keluarga yang bahagia... Mempunyai anak-anak yang comel...suami yang penyayang.....Itulah yang sering aku impikan semenjak dua menjak ni....sebelum ni aku tidak memikirkan sangat perkara ni...mungkin sbb sebelum aku masih lagi studi....malas nak pikirkan benda2 remeh ini....bagi aku...perkara ni biarlah dipikirkan bile aku dah abis studi.....

Tapi...bila dah abis studi....aku masih lagi blum jumpa mr rite aku...kengkadang betul jugak kate kawan2 ku....sepatutnye aku kena usha mase aku studi lagi....aku tidak bleh menolak mentah2 mana2 kaum adam yang ingin mengenali ku....Ohhh..tidak...bukan itu alasannye...semuanye telah ditentukan....just wait n see....


Terima kasih buat yang sudi melontar ucapan selamat hari lahir. Aku begitu terharu... Ada yang menghubungiku, ada yang hantar sms pagi-pagi buta. Ada yang anto tru emel n fster...Tak kurang juga yang hantar melalui chatterbox melalui blog ni.Terima kasih kalian. Ada juga yang mengingatiku... hehhe....

Thank's For ALLAH
Thank's For My Mother and My Father
Thank's For All My Friends

Monday, January 1, 2007

HEPI NEW YEAR-2007

Hmm...Dah naik tahun 2007 dah...azam tahun baru???????aku dah tak larat nak buat azam baru dah...setiap kali aku berazam baru....hmmm..ntahle...

Papepun seperti tahun2 lepas.....

SEMOGA TAHUN 2007 LEBIH MEMBAWA KEBERKATAN BUAT DIRIKU DAN JUGA KELUARGAKU...

Saturday, December 30, 2006

SALAM AIDIL ADHA

Dikesempatan ini... aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Idul-Adha... kepada yg menunaikan ibadah haji, moga2 anda mendapat HAJI MABRUR..

Kepada yang ingin menunaikan ibadah korban... cekalkan hati dan tekadkan niat, moga2 ibadah korban anda diredhai Allah swt..

Berhati-hati semasa memandu... !!

Hmm..teringat plak mase kat kolej dulu....pernah sekali tak dapat balik raya korban....tiket abis maa....sedih oooo....tapi aku dapatla beraya di tempat org ....tambah plak kat kelantan....meriah sungguh...sama meriah ngan sambutan aidil fitri....suasana raya korban kat klantan berbeza sangat berbanding kat kampung aku sendiri...aku rase sesiapa nak merasa raya haji yang meriah....datangle ke klantan atau terengganu.....memang menjadi sambutan aidil adha yang penuh bermakna...

Hmm..Aku jugak penah beraya kat terengganu....memang sengaja taknak balik kampung....nak merasa raya kat terengganu pulak....aku g kemaman...umah member kolej aku....Teng dan Kak Non....member aku yana from johor dan dayah from sabah pun join sekali...nak beraya kat teganu....memang best sangat.....aku tak pernah tengok org korban lembu 10 ekor sekali gus....meriah sangat....hidangan di pagi raya jugak sungguh istimewa....perghh...sedap plak teringat kek coklat Kak Non....nasi dagang Teng....Nasi Bukhori Kak Non...memang spesel...

Rindu plak kat dorang sumer.....Miss u all so much.....Muarghhh....

Tuesday, December 5, 2006

10 JENIS MAKANAN ANTIKOLESTROL

Salam...
Hmm..sepanjang aku kat umah nie...badan aku naik le...mane tak naiknye...hehe...asyik makan jer...yg tak tahan tu...tgh2 malam pun rase lapo...aku kan tido awai....so..kengkadang aku tido b4 isya'...bile bgn nak solat...mulalah rase lapo....memang takleh tahan ....pelagi...aku pun mulalah ngadap ape yg ade kat dapur tu...fuhhh...memang dasat.....so...bile aku jupe artikel ni...aku ingat nak beli n simpan makanan kat bawah ni...nanti aku lapo...aku makan jer makanan2 kat bwh tu...antikolestrol kan....takde la badan aku gemuk n tak sihat....

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

Friday, November 10, 2006

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Salam...


Hmmm....Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Saje suke-suke jer..hehe

Januari
  • ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja Smile...(hehe...aku le ni....)
Febuari
  • boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta
Mac
  • ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.
April
  • Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut
Mei
  • Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.
Jun
  • banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.
Julai
  • Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki
Ogos
  • bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.
Setember
  • Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak
Oktober
  • murah rezeki, keras hati dan mudah simpati
November
  • rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka
Disember
  • rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

Monday, October 23, 2006

Salam Idul Fitri 1427 Hijriah - 24 OCT 2006

Salam Aidil Fitri

Andai kata ada tulisan
Yang mencederai hati dan melukai rasa

Dari lubuk hati yang paling dalam
momohon kemaafan yang tulus dan ihlas
Mengharap dapat kembali fitrah

Terima Kasih atas kunjungan sahabat-sahabatku
Yang membuat hari-hariku lebih bermakna
Walau kita tidak pernah bersua

Selamat hari raya Aidil fitri 1427 H

Tiada kata seindah Takbir ..Tiada Bulan semeriah Bulan Syawal.. Genggamkan jari memohon Maaf ..Untuk lidah yg tak terjaga ..Janji yg terabai... Hati yg berprasangka... Semoga di hari yang mulia ini kita semua dapat kembali putih dan suci seperti bayi yang baru lahir

"Selamat Hari Raya Idul Fitri 1427 Hijriah
Minal Aidin Wal Faidzin
Mohon Maaf Zahir dan Batin




Jemput2 makan satay nih.....


Ketupat nih aku buat sendirik...hehehe

Friday, October 13, 2006

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT

Salam...

Untuk renungan bersama... Sama ada sedar @ tidak dengan perubahan yang terjadi di sekeliling seolah mula menepati ciri-2 sebagaimana yang diperkatakan mengenai KIAMAT...


Antara tanda-3 Kecil kiamat:-

Lahirnya FITNAH-2 dan banyak PEMBUNUHAN
- Pembunuhan menjadi sesuatu yg biasa sahaja... Mungkin di Iraq ianya menjadi rutin namun sedarkan kita bukan sahaja di negara bergolak seperti Iraq mahupu Palestin sahaja, di negara kita pon makin kerap kedengaran kes PEMBUNUHAN... Di Thailand pon sudah semakin meningkat... Apakah benar ia tanda-2 kecil KIAMAT? Tepuk dada muhasabah diri...

Tersebarnya KEMUNGKARAN & KEMAKSIATAN dengan luasnya
- Kian kedengaran kemungkaran & kemaksiatan makin berleluasa. Tak payah tgk jauh-2, tgk apa yg terjadi dlm Malaysia sudah la... Isu wanita Islam bertudung melalukan maksiat & penzinaan, pergaulan bebas, bohsia & sebagainya kian menjadi isu hangat. Adakah ia salah satu tanda kecil Kiamat? Garu kepala tanya diri sendiri betulkah?

Munculnya PENDAKWAH-2 ke arah KESESATAN & pemimpin yg menyeleweng dari syariat Islam
- Bukan sesuatu yang menghairankan bila dengaq kes pendakwah sesat.. Zaman moden skrg pon masih wujud pendakwah-2 sesat... Apakah pengikutnya begitu tolol mengikuti dakyah sesat? Ataupun ianya dah tertulis sebagai salah satu tanda kecil KIAMAT? Renung-renungkan...

Kurangnya kebajikan, hujan & banyaknya berlaku gempa bumi & banjir (Surah Ar-Rum ; 41-45, Al-An'am;6, An-Nahl;112)
- Terjadikan kejadian-2 yang disebut kebelakangan ini? Ataupun ianya hanya kejadian yg normal... Tiada apa yg harus dihairankan dengan kejadian tersebut. Ataupun apa yg terjadi kebelakangan sebagai satu PERINGATAN terhadap Surah-2 di atas?

Kaum WANITA bersikap BEBAS, MENDEDAH AURAT & terkeluar dr AKHLAK-2 Islam & peradabannya
-
Apa yang kita lihat di kawasan persekitaran kita di malaysia... terdapatkan WANITA-2 seperti ini? Kekadang sukar dibezakan antara wanita Melayu Islam & wanita bukan Islam jika dilihat dari segi pemakaiannya.. Benarkah berlaku? Jika benar apakah ianya tanda-2 kecil KIAMAT sudah dekat?

Lahirnya orang yang mengaku dirinya NABI
Isu umat selepas Nabi Muhammad SAW mengaku Nabi seringkali kedengaran... Terbaru wanita mengaku Nabi... Adakah secara kebetulan tanda-2 di atas diwartakan? Fikirkanlah sendiri...

Hilangnya nilai sebenar terhadap kebenaran & kebatilan
-
Atas alasan kempen menghapuskan keganasan, dunia Islam hanya memandang sepi pencerobohan ke atas Iraq & juga negara Palestin. OIC ibarat satu kuasa yang tak bermaya... Hanya ibarat mcm ' Ohhh... I see... " Perjuangan rakyat Palestin dianggap sebagai satu keganasan terhadap kaum Yahudi. Benarkah mereka pengganas? Di mana kebenarannya? Siapa pengganas sebenarnya?

Diserahkan urusan kepimpinan kepada orang yang bukan Ahlinya
Slogan UTAMAKAN PARTI berbanding calon yang bertanding. WAJARKAH? Mcm mana sekiranya CALON pembangkang dilihat lebih berkelayakan, berketerampilan, berjiwa rakyat & mempunyai ciri-2 pemimpin yang disyaratkan dalam Islam? Wajarkah slogan UTAMAKAN PARTI dilaksanakan? bagaimana jika Calon parti tersebut dah sedia tahu jahil bab-2 keagaamaan namun cukup pakar bab-2 keduniaan...

Berlakunya PERANG PENENTU di antara umat Islam & orang-2 Yahudi
- Isu Yahudi & Palestin bukan sesuatu perkara yang baru... Sudah kedengaran penentangan & perperangan antara umat Islam & kaum Yahudi. Apakah bakal berlaku peperangan penentu sebagaimana yang diperkatakan jika sekiranya dilihat keadaan semasa konflik? Pakat-2 la renungkan...

Apakah benar Tanda-2 KIAMAT sudah berlaku? Tepuk dada tanya Iman...

Tuesday, October 10, 2006

sabar jele....

Salam...

Hmmm...aku tatau ape yang tak kena dengan keje aku....i have done my work...i did everything she want...hmmm..bile pk balik sikap manager tu....aku rase nak resign jer...tapi aku pk bos terlalu baik ngan aku....staff2 kat situ pun ok....except my manager....memang tak baik mengata orang...tambah2 di bulan yang baik ni....tapi...aku tatau nak luah kat sapa....aku tanak luahkan kat my parent...nanti dorang risau...so...kat blog ni tpt luahan perasaan aku...lagipun bukannye ade sesape baca pun kat sini......hehehe...

Staff-staff lama kat situ pun tak bape berkenan ngan sikap manager tu...aku tak kisah le ngan sikap die yang ske marah2 tu...n ske tunjuk muka masam die tu...tapi yang aku runsing...setiap keje yang aku buat...mesti ade je yang tak kena....sedangkan aku rase aku buat dah betul...n bos pun tgk progress keje aku...hmm...lagi satu yang die tak puas hati sgt sbb byk kali jugak aku hantar keje aku terus ke meja bos...kire die tak semak dulu le...aku bukannye tanak kasi die semak dulu...tapi bile aku kasi die semak dulu...mesti aku kena buat lain..kalau terus hantar dgn bos...siap bos puji lagi...

Banyak lagi perkara yang aku tak puas hati ngan die...tapi skang bulan baik...bulan ramadhan ..byak dugaan n ujian...so aku anggap itu adalah sebagai dugaan...ingin menguji tahap kesabaran aku...

tapi ....satu benda yang merunsingkan fikiran aku sekarang ni.....staff2 kat situ ade bercerita dgn aku psl bos...psl manager....aku bukan nak percaya bulat2 cerita2 tu...tapi aku sendirik ade buat penilaian....hmm...hampir 70% kebenaran dalam cerita tu...

skang ni...aku masih dlm pertimbangan....samada nak resign atau go on keje kat situ...klu crite tu betul n sikap manager terhadap aku still tak berubah....hmmmm..phm2 jele...

ok...mksd cerite yang aku tatau sejauh manae kebenarannya...ialah hmm..cerita yang tak sedap didengar la....nantilah...bila dah confirm kebenarannye...baru aku tulis kat blog ni....

aku akan resign klu citer tu betul...aku tanak bersubahat dgn dorang....

Friday, October 6, 2006

Ramadhan....sabar separuh daripada iman....

Salam...

Alhamdulillah...Ramadhan sudah menjelma....hari ni 13 Ramadhan 1427....

Hmm..Esok keje..letih ar...sebenarnye aku suke keje kat butik tu kalau takde hamba Allah sorang tu...ehh...2 orang..kalau takde hamba Allah 2 org tu...memang suasana keje jadi best sangat......Tapi bile ade 2 org tu kat butik...sumernye jadi serba tak kena...bukannye tak reti buat keje..tapi ...ntahle...


Yang aku maksudkan hamba Allah 2 orang tu ialah Boss aku le...dan manager kesayangan die....Aku sendirik pun tak paham kenape sumer yang aku buat...manager mesti tak puas hati....ade jer yang tak kena...

last week...bos ade suruh buat report....dia suruh buat cara die..like easy way le...aku no problem le...lagi mudah keje aku....tapi..si manager ni tak puas hati...dia kate aku buat keje nak senang jer....Tapi aku malas le nak bertekak ngan dia...aku cakap....tanya boss....

mau bengang die bile boss puji aku... she's doing a good job...don't blame her....cam tak pueh hati jer minah tu....hehehe...since aku keje kat situ...mmg boss on my side....but...besele...boss..dah namenye lelaki....miang dia tu memang ade...baik ade makna kate k.jem....tu yang aku tak ske bile die ade tu....

Aku pun tak berape nak pasti lagi sifat sebenar boss....tapi aku rase something bile aku berdua jer ngan boss....die tanya hal2 personal aku....lain macam ajer...tapi bile ade manager...lain plak perangai die kat aku... die bese jer ngan aku....kire depan manager lagak die seperti boss le....aku still tak bape faham...

Kelmarin...customer terlalu ramai..mklumle...Syawal bakal menjelang...mestile ramai yg berkunjung....ingin membeli pakaian 4 Raya...hehhee....so...dek kerana terlalu ramai customer....staff kat bwh tak menang tangan melayan kerenah pelanggan....aku disuruh oleh manager turun untuk membantu....opis aku kat atas....mase tu aku mmg tgh ade keje...so...aku turun lmbt sket le....

hmm...u all tau ape jadi....mase aku turun bwh...muka aku pun die tanak pndang....die tu sape...sape lagi manager le....YaAllah masam mencuka....bukan sengaja aku tanak trun membantu...tapi die kena phmle....due date keje aku ari tu ....bos aku dah mintak n nak tgk ari tu gak...takkan die tak phm perangai bos...tegas....

hmm..aku mmg tertekan gak keje situ...sib baik bulan Ramadhan jer...memerlukan kesabaran yg tinggi.....Doakan aku dapat menepuhi segala rintangan.....Amin......

Friday, September 22, 2006

RAMADHAN AL MUBARAK....

Salam...

Alhamdulilah bulan suci Ramadhan yang selalu ditunggu akan datang menjelang, insyaAllah 24 September 2006.

Dengan hati yang bersih kita sambut bulan suci Ramadhan. Mohon maaf sebesar besarnya...Hmm...kat bwh ni ade check list amalan di bulan ramadhan....hrp2 aku n sumer umat islam dapat memenuhi amalan di bwh dengan penuh ikhlas...Rasenye tak dapat aku nak penuhi sumer amalan di bwh...tapi sekurang-kurangnye aku akan mencuba...insyaAllah....

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

  • Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
  • Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
  • Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
  • Solat Tarawikh 20 rakaat.
  • Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
  • Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
  • Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
  • Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
  • Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
  • Jangan tidur sesudah sahur.
  • Solat Subuh berjemaah di Masjid.
  • Tadarus pendek.
  • Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
  • Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
  • Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
  • Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
  • Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
  • Solat Zuhur berjemaah.
  • Tadarus pendek.
  • Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
  • Solat Asar berjemaah di Masjid.
  • Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
  • Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
  • Segera Solat Maghrib di Masjid.
  • Makan malam bersama keluarga.
  • Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

  • Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
  • Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
  • Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
  • Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
  • Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

  • Sebelum puasa timbang badan
  • Kawal berbuka puasa
  • Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
  • Elakkan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

  • Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
  • Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
  • Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
    • Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
    • Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
    • Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
    • Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
    • Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
    • Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

  • Pastikan Tarawikh terakhir
  • Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Aku mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa ... semoga Allah selalu memberikan kemudahan dan melimpahkan rahmatNya... Amin

Monday, September 18, 2006

BULAN SHA'BAN...tpt keje baru...

Hmmm....sedar tak sedar dah masuk bulan Sya'ban dah....ehhh...lagi bape hari je lagi nak masuk Ramadhan.....puasa ade lagi satu hari tak ganti....hehehe....memang ske sungguh buat last minit.....hmm..bile le aku nak berubah ni.....Diri sendiri tanak berubah...susah ar....

Hmmm..aku rase aku dah banyak berubah...heheh...angkut bakul sendiri...sape lagi yang nak angkat bakul aku....huhuhu...

Hmmm...Sebenarnye aku dah ditukarkan ke butik 1st lady semalam...Aku ditukarkan ke sana jadi assist manager....hmm...mcm best jer post tu...hehe...gaji tu memang le ok...kire bos berkenan dgn prestasi keje aku mase aku praktikal...so die offer keje ngan die terus...tapi offer keje kat butik..memula aku tak bape setuju sbb waktu keje tak sesuai... dr kul 11am-9pm....giler pe...mama n baba takkan kasi punyer...balik memalam.....eiiiiiii...aku pun takut.....

so...aku kasi alasan nak discuss ngan parent dl...aku dah agak parent takkan setuju punyer....so...parent aku kasi cadangan supaya waktu keje biarle opis hour...aku pun suggestkan kat bos waktu opis hour..discuss punyer discuss...akhirnye capai kate sepakat...cewahh....mcm best jer....aku keje from 9am until 6pm....

Aku kena g opis lama aku kul 9am-11am....sbb butik buka kul 11am...kul 11am smp 6pm aku kat butik....sib baik tak jauh sgt opis lama ku ngan butik...aku berulang-alik camtu le nanti...

Hmm..tataule smp bile aku leh tahan....aku rase manager aku tak bape ske aku jer...manager aku namanye ina...mmg rapat le ngan femili bos...perasaan aku mengatakn die tak bape ske ngan kedatangan aku kat butik tu....

k la....nnti aku citer keje aku kat butik plak....klu aku tak bz le....

salam.....