Friday, September 22, 2006

RAMADHAN AL MUBARAK....

Salam...

Alhamdulilah bulan suci Ramadhan yang selalu ditunggu akan datang menjelang, insyaAllah 24 September 2006.

Dengan hati yang bersih kita sambut bulan suci Ramadhan. Mohon maaf sebesar besarnya...Hmm...kat bwh ni ade check list amalan di bulan ramadhan....hrp2 aku n sumer umat islam dapat memenuhi amalan di bwh dengan penuh ikhlas...Rasenye tak dapat aku nak penuhi sumer amalan di bwh...tapi sekurang-kurangnye aku akan mencuba...insyaAllah....

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

  • Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.
  • Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
  • Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.
  • Solat Tarawikh 20 rakaat.
  • Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
  • Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
  • Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
  • Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
  • Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.
  • Jangan tidur sesudah sahur.
  • Solat Subuh berjemaah di Masjid.
  • Tadarus pendek.
  • Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
  • Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
  • Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
  • Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
  • Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)
  • Solat Zuhur berjemaah.
  • Tadarus pendek.
  • Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
  • Solat Asar berjemaah di Masjid.
  • Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
  • Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
  • Segera Solat Maghrib di Masjid.
  • Makan malam bersama keluarga.
  • Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah.


KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

  • Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.
  • Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah bandar khas di Syurga.
  • Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.
  • Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah dan Mariam.
  • Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

  • Sebelum puasa timbang badan
  • Kawal berbuka puasa
  • Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan
  • Elakkan daripada makan berlebihan


RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

  • Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
  • Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
  • Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
    • Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
    • Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
    • Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.
    • Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.
    • Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.
    • Jika sedang beramal, badan terasa sejuk dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

  • Pastikan Tarawikh terakhir
  • Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Aku mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa ... semoga Allah selalu memberikan kemudahan dan melimpahkan rahmatNya... Amin

Monday, September 18, 2006

BULAN SHA'BAN...tpt keje baru...

Hmmm....sedar tak sedar dah masuk bulan Sya'ban dah....ehhh...lagi bape hari je lagi nak masuk Ramadhan.....puasa ade lagi satu hari tak ganti....hehehe....memang ske sungguh buat last minit.....hmm..bile le aku nak berubah ni.....Diri sendiri tanak berubah...susah ar....

Hmmm..aku rase aku dah banyak berubah...heheh...angkut bakul sendiri...sape lagi yang nak angkat bakul aku....huhuhu...

Hmmm...Sebenarnye aku dah ditukarkan ke butik 1st lady semalam...Aku ditukarkan ke sana jadi assist manager....hmm...mcm best jer post tu...hehe...gaji tu memang le ok...kire bos berkenan dgn prestasi keje aku mase aku praktikal...so die offer keje ngan die terus...tapi offer keje kat butik..memula aku tak bape setuju sbb waktu keje tak sesuai... dr kul 11am-9pm....giler pe...mama n baba takkan kasi punyer...balik memalam.....eiiiiiii...aku pun takut.....

so...aku kasi alasan nak discuss ngan parent dl...aku dah agak parent takkan setuju punyer....so...parent aku kasi cadangan supaya waktu keje biarle opis hour...aku pun suggestkan kat bos waktu opis hour..discuss punyer discuss...akhirnye capai kate sepakat...cewahh....mcm best jer....aku keje from 9am until 6pm....

Aku kena g opis lama aku kul 9am-11am....sbb butik buka kul 11am...kul 11am smp 6pm aku kat butik....sib baik tak jauh sgt opis lama ku ngan butik...aku berulang-alik camtu le nanti...

Hmm..tataule smp bile aku leh tahan....aku rase manager aku tak bape ske aku jer...manager aku namanye ina...mmg rapat le ngan femili bos...perasaan aku mengatakn die tak bape ske ngan kedatangan aku kat butik tu....

k la....nnti aku citer keje aku kat butik plak....klu aku tak bz le....

salam.....

Monday, September 11, 2006

PETUA HARI INI.

Salam..

Salam..

hmmm....mehle baca petua2 di bawah nie...hehehe....aku dah cuba petua hilangkan batuk...insyaAllah kalau kite yakin....Alhamdulillah....hmm...bukan tak percaya ngan klinik or hospital...tapi setakat sakit sket2 tu...better guna petua org dedolu jer..

Hilangkan batuk


Anda dapat menghilangkan batuk dengan hanya menggunakan beberapa helai daun pucuk ubi kayu, sedikit kapur sirih dan sedikit air. Bahan-bahan ini digaul dan dihancurkan sehingga lumat. Bila sudah kekuningan sapukan disekeliling leher atau tekak anda. Amalkan selalu setiap kali anda diserang batuk-batuk. Perlu diingatkan petua ini hanya untuk batuk yang bermula dari gatal-gatal tekak iaitu batuk ringan. Jika batuk anda didapati begitu serius adalah lebih elok meminta nasihat doktor


Mari hapuskan kelemumur.

Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.


Mengelakkan kulit berparut selepas bersalin

Dalam masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barutlah perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas pantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika anda mengamalkan ini dengan tekun nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut


Mengubati penyakit jantung.

Ambil kuning telur daripada sebiji telur (sebaik-baiknya telur ayam kampung) dan campurkan dengan dua sudu besar madu lebah asli. Minum campuran itu sekurang-kurangnya sekali sehari. Insya-Allah kesannya dapat dilihat dalam tempoh 3-4 bulan.


Kuku mencengkam

Sakit pada ibu jari kaki akibat cengkaman kuku masih dapat diatasi. Jika anda menghadapi masalah untuk mengatasi cengkaman kuku yang menyakitkan itu, ketika memotong kuku janganlah dikorek tepinya lagi. Apa yang boleh anda lakukan cuba belah kuku ibu jari anda disebelah tengah anggaran sikit sahaja untuk mengelakkan kuku terus tumbuh ditepi tetapi tumbuh ditengah tempat anda membelahnya. Jika keadaan kuku anda menjadi buruk seperti sudah bengkak dan menanah, jangan dibelah kuku itu dahulu tetapi cuba merawatnya hingga sembuh. Caranya bungkus ibu jari kaki itu dengan inai yang sudah ditumbuk lumat, amalkan sehingga sembuh.


Menghilangkan panau.

Ambil lengkuas sebesar ibu kaki, dibuang kulit arinya dan dicuci bersih. Kemudian tumbuk sehingga hancur lalu dibungkus dengan kain perca dan diikat kemas-kemas. Gosokkan pada kulit berpanau.


Melegakan tekak akibat batuk

Asam jawa bukan sahaja amat berguna bagi masakan ia juga boleh dijadikan ubat penawar bagi melegakan tekak yang pedih dan suara yang serak akibat batuk. Caranya ambil sedikit air asam jawa yang telah dibancuh dengan air suam-suam kuku, bancuh bersama sedikit gula dan masukkan kedalam botol kemudian tutup rapat-rapat. Rendamkan botol yang berisi air asam jawa yang pekat tadi kedalam air selama satu malam. Keesokan harinya, minumlah, mudah-mudahan tekak anda akan merasa lega dan suara tidak lagi serak.


Meredakan batuk.

Minum secamca besar madu lebah dicampur dengan limau nipis tiga (3) kali sehari.


Menghitamkan alis mata

Mula-mula anda ambil 10 biji cengkih yang telah kering dan tua lalu dibakar hingga menjadi arang. Kemudian cengkih itu ditumbok hingga halus, setelah halus tuangkan ke dalam botol yang telah diisi dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya telah bercampur rata sapukan kepada kedua-dua bahagian alis mata anda dengan hujung jari dari hujung hingga ke pangkalnya, rata tapi tipis... Lakukan begini hingga selama dua minggu berturut-turut, pasti hasilnya memuaskan. Dan akan jelas kelihatan alis mata anda hitam dan cantik.

Tuesday, August 22, 2006

APA ITU BOROS DAN KEDEKUT

Salam...

Artikel ni kan...aku rase agak menarik....nak tau sebab ape....aku rase adele seseorang tu yang aku kenal....die ni ade sket memiliki sifat sedikit boros n kedekut..bukannye nak perli die...tapi just nak kasi kesedaran kat die,kat aku aku gak n sumer la... klu die bacale...hehhee..kat blog ni mybe die tak baca pun sbb tak ramai yg tau kewujudan blog baru aku ni......aku dah forward kat emel die...semoga die,aku dan sumer membaca n mendapat kesedaran ek...


FIRMAN Allah Taala bermaksud: "Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlampau menghulurkannya, kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." – surah al-Isra', ayat 29-30

Ayat ini mengajar umat Islam agar dapat mengurus kehidupan ekonomi mereka dengan sebaik-baiknya iaitu dengan cara berbelanja secara berjimat-cermat dan sederhana, tidak bersifat boros membazir dan juga bakhil kedekut.Ungkapan (jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu) dalam ayat di atas adalah bermaksud bakhil kedekut, sementara ungkapan (terlampau menghulurkannya) pula bermaksud boros membazir.

Di sini jelas menunjukkan bahawa Islam tidak menggalakkan umatnya bersikap melampau terutama dalam soal berbelanja. Terlampau sempit iaitu bakhil dan terlampau luas iaitu boros, kedua-duanya sifat buruk dan negatif pada pandangan Islam.Yang baiknya ialah pertengahan di antara kedua-duanya iaitu bersifat sederhana.Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan bahawa quot; Tiada miskin orang yang berjimat cermat". [Hadis riwayat Imam Ahmad melalui Abdullah bin Mas'ud].

Berjimat cermat bukanlah bererti bakhil, kerana bakhil itu dicela dalam Islam. Antara dalil yang membuktikan bahawa bakhil itu tidak disukai Islam ialah sabda Rasulullah saw bermaksud: "Pada setiap hari akan turun dari langit kepada hamba-hamba Allah dua Malaikat yang salah satunya berdoa: Ya Allah Engkau berilah kepada orang yang berbelanja (hartanya pada jalan Allah) gantinya, dan satu Malaikat lagi berdoa: Ya Allah, Engkau berilah kepada orang yang bakhil itu kebinasaan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Hurairah) dan sabdanya lagi bermaksud: "Jauhilah kamu daripada kedekut, kerana binasanya umat sebelum kamu, disebabkan mereka menyuruh bersikap bakhil, memutus silaturahim dan melakukan kejahatan." – Hadis riwayat Abdullah bin Umar

Sebaliknya Islam menggalakkan kita berbelanja dan bersedekah, sabda Nabi saw bermaksud: "Tiada kurang harta dengan sebab sedekah, dan pasti Allah akan menambahkan ketinggian kepada seorang hamba yang berbelanja, dan sesiapa yang merendah diri kerana Allah, pasti Allah akan meninggikannya." Hadis riwayat Muslim melalui Abu HurairahDaripada penjelasan di atas dapatlah disimpulkan bahawa Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan akhirat semata-mata, tanpa mengambil kira kehidupan dunia seseorang.

Justeru itu, ia mengajar dan mendidik manusia agar berhemat dalam berbelanja supaya hidupnya tidak tercela. Sekiranya ia bakhil kedekut, dia akan dicela semua orang dan tiada yang suka kepadanya. Sebaliknya juga sekiranya dia terlalu boros membazir, berbelanja di luar batas kemampuannya sehingga akhirnya jatuh miskin, akibatnya ditimpa penyesalan. Sekali gus, al-Quran mengingatkan kita bahawa segala harta yang ada di tangan kita itu adalah milik Allah, merupakan amanah-Nya yang perlu dijaga dan ditunaikan kepada yang berhak.

Kita wajib berbelanja sepenuhnya mengikut panduan yang diberikan-Nya tanpa rasa syak dan ragu-ragu. Justeru kerana itu, Allah menegaskan melalui ayat-Nya di atas ( Sesungguhnya Dia melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya).Dialah Maha memberi rezeki, meluas dan menyempitkannya, Mengurus segala makhluk ciptaan-Nya dengan apa yang dikehendaki-Nya.

Dia berhak memberi kekayaan kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan juga memfakirkannya, mengikut hikmah yang ada pada-Nya. Sebagaimana terdapat sebuah hadis yang bermaksud quot; Sesungguhnya antara hamba-hamba-Ku ada mereka yang tidak sesuai baginya melainkan kefakiran, sekiranya Aku memberikannya kekayaan nescaya ia merosakkan agamanya.

Dan ada di antara hamba-hamba-Ku yang tidak sesuai baginya melainkan kekayaan, sekiranya Aku memiskinkannya, nescaya ia akan merosakkan agamanya".Kadang-kadang kekayaan itu pada setengah orang sebagai tipu-daya dan kefakiran pula sebagai seksaan dan balasan Allah. Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada kedua-dua keadaan itu.....

Wednesday, August 2, 2006

UPM...Seribu satu Memori Indah...KONVOKESYEN KE 30

Tanggal 29 Julai 2006 antara hari yang bersejarah dalam hidup aku..hari konvokesyen..:-)..aku dah melalui konvokesyen mase aku terima diploma pade tahun 2002...tapi feel die lain sket mase aku terima degree...ape yang lain pun aku tak tau..hehe...

Aku tak dapat sembunyikan rasa gembira aku bila menatap wajah teman-teman yang telah begitu lama menghilang dari kehidupan aku ini..semuanya kembali untuk bersatu dalam konvokesyen ni..Adee,Way,Ita,Tj,Yana dan ramai lagi member-member lama aku turut serta dalam konvokesyen tu.. tapi aku sedih sket...k.sal member baik aku merangkap satu room n merangkap kakak aku tidak sama hari dengan aku konvo...aku kena sidang pertama sesi kedua pade hari sabtu....k.sal pulak kena sidang ketiga iaitu sidang terakhir pada hari Isnin....sedih betul..tapi aku suruh k.sal datang jugak...bukan senang nak jumpa dah lepas ni...

Raptai konvokesyen pagi tu berjalan agak lancar dengan seribu satu penerangan tentang konvokesyen yang bakal berlangsung esok harinya..habis penerangan dan raptai penuh pagi tu aku ambik jubah yang ditentukan untuk majlis konvokesyen ni nanti..Tatkala aku mencuba buat kali pertama jubah tersebut aku cukup rasa gembira..esok aku akan berdiri penuh megah dalam jubah ni tanda jayanya aku dalam Degree yang aku kejar selama ini......

Pagi Sabtu tu aku menunggu mama n baba datang....aku datang awal sehari sbb nak sertai raptai dan amik jubah konvo...mama n baba bertolak sesudah subuh hari sabtu. ..heheh...aku dah pesan...jgn lewat...kalau tidak aku merajuk...hehehe....

Dalam pukul 10 pagi..mama n baba sampai kat kolej 12...kolej tersayang..hehe...dulu aku menginap kat kolej 12 la...so aku numpang bilik adik junior aku...lisa namanye...budak kelantan...baik budaknye...aku dan parent aku bertolak pegi ke studio tuk amik gambar bersama...nasib baik tak ramai sgt kat studio tu...aku dikira diantara yang terawal...selesai bergambar...aku ajak parent aku bersarapan...kesian dorang tak sarapan lagi....

lebih kuang kul 1.15 kami dah mula gerak masuk ke perkarangan dewan....Sesampainya suasana kat situ dah terlalu crowded dengan ratusan graduan bersama family masing-masing...
Teman-teman yang tak sempat aku temui tatkala raptai konvokesyen semalam...Yin,K.sab,Jessie dan semua budak2 multimedia batch aku ade...memang hepi sangat dapat berjumpa ngan diorang semua....

Dalam pukul 1.30 tghri semua graduan yang terlibat dengan konvokesyen dah mula berkumpul kat kawasan luar PUSAT KEBUDAYAAN & KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH..Hampir setengah jam di situ dengan lengkap berjubah.... kesabaran aku betul-betul diuji pada mase tu.. mujur sahaja kisah-kisah teman yang kepelbagaian rencahnya dapat menghilangkan kebosanan aku

Time perarakan masuk ke dewan utama pagi tu hati aku tiba-tiba berdebar sungguh..berdebar dengan seribu satu rasa gembira yang terlalu amat..bahagialah kedua ibu bapaku dengan kejayaan aku sekali ini..aku mahu buat seketika kedua ibu bapa aku merasa cukup bahagia atas kejayaan ini..masuk ke dewan tu aku tak nampak bayangan kedua orang tua aku tapi aku dapat mengesan rasa bahagia itu dari seluruh ibu bapa yang ada didewan besar itu..bahagia dengan kejayaan anak-anak dalam pembelajaran mereka...

Aku nervous sehabisnya tatkala baris tempat duduk aku disuruh bersedia untuk ke pentas dewan tersebut untuk mengambil Degree..Serba tak kena jadinya..Nafas aku jadi pantas..wajah mula kaget..bagaimana kalau aku tiba-tiba terjatuh di atas pentas utama tu nanti..nauzubillah....jgnle ade peristiwa sebegitu...hehehe....

Semuanya berjalan lancar dengan seribu satu memori indah yang bakal menanti buat aku..Tatkala aku berjalan turun dari atas pentas selepas mengambil degree... hati aku benar-benar melonjak kegembiraan.apa yang aku kejar selama ini dah terpampang kat depan mata aku..aku dah berjaya dengan Degree yang selama ini aku kejar sampai aku lelah!!!

setelah selesai semuanya..sesi bergambar di luar dewan...Itu antara saat yang termanis buat aku...My best sis ade datang....TQ K.sal.....Hepinya dapat bergambar dengan beberapa orang teman yang akan ghaib dari kehidupan aku selepas hari ini..aku akan merindukan semua ini nanti..

Dah puas bergambar dengan rakan dan keluarga aku mengatur langkah berat untuk kembali pulang ke kampung halaman sekaligus untuk meninggalkan teman-teman seperjuangan..Kenangan indah tatkala sama-sama berjuang memburu Degree akan terusan terabadi dalam diri ini....

kalaulah boleh aku mengulanginya sekali lagi.........



Saturday, July 22, 2006

konvo...mintak cuti...survey baju...

salam...

next week aku akan konvo....aku dah apply cuti kat bos semalam..heheh..awal lagi apply cuti...takut lambat2 apply tak dapat plak....

hmmm.....aku ingat nak beli baju 4 konvo kat butik bos le...hmm..leh dapat diskaun....cun plak tu baju2 kat sana....rambang mate aku bile aku g butik kelmarin...g survey je dl..hehehe.....kelmarin aku g survey baju kat butik..aku g ngan akma....memula mcm segan gak nak gi...tapi k.jem kate takyah segan2...sbb bos,manager n k.ima takde waktu tu....tu yg aku laju jer pi kelmarin...klu tak... pk 2 3 kali gak nak pi....malas nak pi mase ade bos...tak best...

hmm..okle...nnti smbg lagi....salam..

Wednesday, July 19, 2006

Practikal......

Salam..

setelah aku abiskan 4 bulan tuk teori dlm SLG program...aku dihantar ke sebuah company for 2 month tuk practikal...hmm...aku ngan akma practikal dalam satu company....lega jugak sbb ade member yang kenai..akma satu kampung ngan aku...lepasan Egypt....attend SLG program sma ngan aku...

hmmm....so far....takde poblem lagi....aku ngan akma disuruh buat keje2 admin....takdele susah sgt...staff dia pun ok2 ar....pegawai tadbir kat situ very nice....aku panggil k.jem...she's very nice....byk tulun aku n akma....

Hmm..boss aku pun ok gak la...jrg aku jupe die...dia bz...byk company die nak handle....pastuh die ade buka satu butik under first lady Apparel....kire cawangan first lady kat taiping le....mmg cun ar butik tu...baju2 die perhhh....mmg cun melecun....

wife die yg jaga kat butik tu...wife die pun cun melecun...aku tak berkesempatan lagi nak berkenalan lebih rapat ngan wife die....hmm...aku sendirik pun blum penah masuk kat butik tu....k.jem yg duk citer kat aku pasal butik n company2 bos yang lain....

okle....aku penat le...maklumle kire cam dah bekerja le aku ni....opis hour...from 8am until 5pm...mmg penatle...sejak aku keje kat situ...aku selalu tido awal....penat sgt....kengkadang kul 9 mlm aku dah lena dah.....jrg dah online...ari ni teringin plak nak online...lgpun ari sabtu half day...takdele letih sgt...

nnti aku citer lagi pasal keje aku ye....

salam....gud nite....